

Pasir dari Perkampongan Orang Asli Sg Garing di keluar secara haram..
SUNGAI CHOH – Pendedahan Sinar Harian keluaran 18 April lalu mengenai aktiviti mengorek dan mengeluarkan pasir daripada perkampungan Orang Asli Sungai Garing . Menurut orang kampong di situ kegiatan itu sememangnya sudah dipantau (kalau dipantau memanglah tiada tindakan berlaku ,kecuali dibuat aduan dan bukti intipan) sekian lama bagaimanapun ia masih berleluasa berikutan tiadanya tindakan tegas daripada pihak berkuasa. “Perkara ini akan cuba diselesaikan di peringkat atasan melalui perbincangan bersama Pejabat Tanah dan Daerah Gombak termasuk pihak berkuasa tempatan (PBT). “Memandangkan lokasinya melibatkan sempadan dua daerah iaitu Gombak dan Hulu Selangor, perbincangan itu akan melibatkan dua pihak berkuasa yang bertanggungjawab terhadap isu ini,” katanya.
Seharusnya teknologi ukrutanah menggunakan Sistem GPS digunakan bagi mengatasi maslah sempadan.Menurutnya, usaha mengadakan perbincangan bersama pihak terbabit akan dilaksanakan secepat mungkin (bagilah tarikh tentaif) bagi mencapai penyelesaian segera. Beliau berkata demikian setelah diminta mengulas berhubung dakwaan penduduk sebelum ini mengenai kegiatan mengorek dan mengeluarkan pasir di kawasan terbabit. Penduduk mendakwa kegiatan yang berlarutan lebih setahun itu turut menceroboh tanah yang dikatakan milik dan rizab Orang Asli. Bagaimanapun, penduduk perkampungan terbabit tidak dapat mengesahkan status tanah mereka berikutan ketiadaan geran.Aktiviti itu itu bukan sahaja menceroboh sebahagian tanah milik penduduk di situ, malah mengakibatkan pencemaran alam sekitar. Sinar Harian sebelum ini pernah cuba untuk menghubungi Pegawai Daerah Gombak bagi mendapatkan respons berhubung perkara itu bagaimanapun gagal. Dalam pada itu, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batang Kali, Mohd Isa Abu Kasim ketika dihubungi berkata, beliau menggesa supaya pihak berkuasa memantau perkara berkenaan dan mengambil tindakan tegas terhadap sebarang aktiviti tidak sihat.
No comments:
Post a Comment