Kenapa dinamakan Blogspot Ulama Pewaris Nabi ? Blog ini telah diaktifkan sejak tahun 2008 dengan berlatarbelakang memberi info tentang Islam dan politik. Blog ini sentiasa berterusan memperjuangkan memberi, menwar, memapar maklumat/info/penerangan ISLAM & politik namun Ulama Pewaris Nabi adalah menjadi idola dan perlu dijadikan ikutan dan juga sebagai sempadan kebaikan yang akan menahan atau membatas kejahatan agar tidak berterusan dan disedarkan sehingga akhirnya kebaikan akan menguasai keadaan.Nama blog ini tidak mencerminkan blogernya seorang Ulama tetapi sedang berusaha dan bercita-cita ke arah itu.Amin

pasbs2

pasbs2

pasbs baner

pasbs baner

Friday, April 10, 2009

KABINET TERPAKSA HAJIB ADALAH PENGHINAAN PADA PAK LAH ?


Sebagai mengubati hati yang lara atas kekalahan BN di 2 bukit maka BARISAN Kabinet Najib Razak yang ditunggu-tunggu akhirnya diwar-warkan semalam. Tepat jam 3:00 petang tadi Najib mengumumkan barisan Kabinetnya di sidang akhbar khas di pejabatnya di Putrajaya.
Disampingnya timbalan presiden Umno merangkap Menteri Pelajaran, Muhyiddin Yassin yang sudah mulai tersenyum, Najib membuat suspen dengan menghuraikan menjela mengenai fungsi dan falsafah pembaharuan yang akan dibuatnya.
Kabinet beliau mengandungi 28 menteri dan 40 timbalan menteri itu dibentuk selepas berbincang dengan berbagai pihak. Kabinet itu juga adalah saf(dah jarang guna perkataan Barisan) kepimpinan yang diidamkan dan dibentuk atas responsif rakyat dan peka dengan tuntutan semasa.
Motto atau tagline Kabinet Najib ialah; satu Malaysia, rakyat didahulukan dan prestasi diutamakan!
Kabinet Najib nampaknya beliau terpaksa mengorbankan kroninya yang ramai kerana nak ambil hati rakyat dan pemimpin Sabah dan Serawak dan mengekalkan beberapa orang kuat Mahathir.Al-maklumlah kalau tidak layan nanti mereka melompat pula ke Pakatan Rakyat.Anipah nampaknya tidak akan menolak jawatan Menteri Luar Negara kerana sebelum ini beliau telah menolak mentah tawaran timbalan menteri yang ditawarkan oleh Pak Lah sebelum ini.Nampak sangat Anipah ni gila jawatan bukan perkhidmatan pada rakyatnya.Kalau begini lah perangai mereka sebanyak mana bantuan dari Kerajaan Pusat akan tidak cukup bagi mereka.
Semasa Najib menghuraikan mengenai harapannya kepada barisan Kabinetnya itu naik tegak bulu ketiak teman. Nampak kesungguhan dan ketulusan Najib yang mengharapkan menteri berkerja untuk rakyat dan mendahului rakyat dari segala-gala kepentingan lain.

Betul ke ? ada masa ke ? Kununnya Najib menekankan supaya menterinya berkerja untuk rakyat dan prestasi mereka akan dinilai sendiri olehnya setiap 6 bulan sekali !Ini memberi gambaran Najib bukan main-main untuk melakukan pembaharuan dan membawa perubahan bagi membela rakyat.Masa Pak Lah dulu pun macam tu nak buat repot kad lah dan bla-bla...lepastu hampeh sampai beliau passing jawatan kepada Najib.

Siapakah pakar rujuk Najib? Sebelum ini teman dah menyatakan kalau Mukhriz Mahathir dibawa masuk ke dalam Kabinet dan Khairy Jamaluddin dicicirkan.Apa nak kita panggil Tun Mahathir ni , masa Pak lah dia kata 'Pak lah ikut kata budak tingkat 4' pada Najib kita mungkin boleh kata 'Najib ikut kata orang tua simpang malaikat 44'.
Nampaknya cita-cita dan impian Mahathir tercapai. Kesanggupannya turun berkempen di Bukit Gantang berbaloi apabila hari ini anaknya Mukhriz dilantik menjadi timbalan menteri, Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) di mana kementerian yang merupakan sekolah untuk seseorang menjadi perdana menteri di masa akan datang. Perlantikan Mukhriz yang kalah itu sebagai imbuhan untuk Mahathir.
Sebenarnya Khairy tidak perlu memegang apa-apa jawatan. Khairy boleh berkerja dan memfokuskan memperkasakan pemuda dan parti. Tetapi apabila ketua sayap Puteri dan Wanita serta Naib Timbalan Ketua diberi jawatan dalam kabinet maka seolah-olah sengaja dilakukan untuk menghina Khairy.
Tetapi Khairy adalah ketua pemuda. Walaupun tidak semua barisan kepimpinan Pemuda bersamanya namun suku daripada telah memilihnya. Cara Najib mencicirkan nama Khairy itu bukan saja memalukan menantu bekas PM ke-5 itu tetapi memalukan seluruh saf Pemuda.Tapi jangan lupa Najib hanya memenangkan Khairy sebagai Ketua Pemuda kerana memastikan peralihan jawatan PM dipastikan dulu

No comments: