Kenapa dinamakan Blogspot Ulama Pewaris Nabi ? Blog ini telah diaktifkan sejak tahun 2008 dengan berlatarbelakang memberi info tentang Islam dan politik. Blog ini sentiasa berterusan memperjuangkan memberi, menwar, memapar maklumat/info/penerangan ISLAM & politik namun Ulama Pewaris Nabi adalah menjadi idola dan perlu dijadikan ikutan dan juga sebagai sempadan kebaikan yang akan menahan atau membatas kejahatan agar tidak berterusan dan disedarkan sehingga akhirnya kebaikan akan menguasai keadaan.Nama blog ini tidak mencerminkan blogernya seorang Ulama tetapi sedang berusaha dan bercita-cita ke arah itu.Amin
pasbs2
pasbs baner
Thursday, April 9, 2009
KABINET NAJIB : MESRA RASUAH & MESRA JENAYAH & MESRA KOMISYEN ?
Teman rasa semua dah tahu kepimpinan UMNO ,terutama Ketua Pemuda UMNO Malaysia telah disahkan perasuah, walaupun perbuatan menyahkan Ali Rustam & sewaktu dengannya seolah-olah Pimpinan UMNO telah melakukan pembersihan.Kini spekulasi siapa yang bakal menganggotai Kabinet Datuk Seri Najib Tun Razak pula menjadi bualan.
Kehangatan pilihan raya kecil di Parlimen Bukit Gantang dan Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Selambau dan Batang Air ternyata tidak mampu menutupi perbualan mengenai barisan Kabinet baru berkenaan.Markas/Kem Rembau di Trong semasa teman di sana tidak pernah dibuka ,tak tahulah sebab apa? Perang mulut anatar penyokong UMNO/BN kepada penyokong Rakyat hanya tertumpu pada kes Anwar 'main belakang', biasalah mereka(penyokong UMNO menunjukkan aksi sekali'.Bagi penyokong Pakatan Rakyat , modal perasuah amat berkesan sekali dengan bukti nyata Ketua Pemuda UMNO yang baru adalah perasuah yang telah dibuktikan oleh Lembaga disiplin UMNO sendiri.Apa nak dikata memang betul pun.Yang lain ebetulan selamat.
Antara yang menjadi persoalan ialah apakah barisan menteri kali ini akan turut menyaksikan sekali lagi ada individu dilantik sebagai senator untuk menjawat jawatan dalam Kabinet? Apakah dalam keadaan UMNO perlu memperkukuhkan sokongan di peringkat akar umbi, ketua ketiga-tiga sayap parti itu perlu diberi kedudukan dalam Kabinet? Dan sejauh manakah pula mereka yang kalah dalam pemilihan UMNO tetapi dilihat amat bernilai kepada parti dan kerajaan akan dikekalkan atau dilantik?
Semua persoalan ini berlegar-legar di fikiran ramai pihak, ia kerana mereka memahami Najib bukan sahaja perlu menyusun barisan Kabinet yang mantap dan berwibawa tetapi lebih penting apabila dibariskan ia mendapat sokongan rakyat.mungkin Najib lupa kabinet beliau bukan sahaja mesti mesra rakyat tetapi mesti mesra alam(jangan rasuah balak & tanah ) tetapi tidak boleh mesra rasuah , tidak boleh mesra projek dan mesra komisyen serta mesra jenayah.
Dalam soal ini, adalah perlu langkah melantik mana-mana individu menjadi senator jika boleh dielakkan. Ini kerana UMNO mempunyai 78 Ahli Parlimen, sudah pasti ada antara mereka layak untuk menjadi menteri, timbalan menteri atau setiausaha Parlimen.
Langkah melantik senator semata-mata untuk menjadi menteri seolah-olah menggambarkan bahawa di kalangan 78 ahli Parlimen itu tidak ada antara mereka yang berkelayakan. Bagaimanapun jika Najib merasakan ada kewajaran seseorang dibawa masuk ke Kabinet atas tiket senator, mungkin itu boleh dipertimbangkan. Begitu juga usaha menempatkan ketua-ketua sayap sama ada Wanita, Pemuda mahupun Puteri ke dalam Kabinet. Sejarah sudah membuktikan bahawa Tan Sri Rafidah Aziz sebelum ini adalah Ketua Wanita tetapi beliau tidak dilantik sebagai menteri. Ia memberikan isyarat yang jelas bahawa tidak semestinya apabila menjawat ketua dalam sayap UMNO, jawatan dalam Kabinet wajib diberikan kepada mereka. Adalah lebih baik jika ketiga-tiga ketua itu memberikan tumpuan kepada memperkukuhkan parti.
UMNO memerlukan sumbangan yang lebih agresif daripada ketiga-tiga sayap itu bagi meraih sokongan rakyat. Biarlah jawatan Kabinet hanya diisi oleh mereka di peringkat UMNO induk - ertinya yang berada dalam Majlis Tertinggi.
Sebelum ini pun, ketua-ketua sayap itu bertanding atas tiket demi untuk memperkukuhkan parti dan melaung-laungkan kata-kata ingin mengembalikan keyakinan rakyat kepada UMNO, oleh itu adalah lebih molek jika mereka dibenarkan meneruskan misi itu tanpa dibebani dengan tugas-tugas dalam Kabinet.
Yang penting sepening mana Najib nak menyenaraikan saf kabinetnya namun petang ini beliau perlu senaraiakan dengan segera kerana rakyat mula tertunggu selepas kekalahan memalukan di Bukit Selambau dan Bukit Gantang.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment