Pada 19 April ini,Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin diundang menghadiri majlis sambutan ulang tahun hari keputeraan Sultan Perak, Sultan Azlan Shah.Sudah tentu BN/UMNO akan terkezut kerana Nizar , seorang yang dituduh menderhaka kepada rajanya tetapi boleh mendapat jemputan untuk menghadiri majlis diRaja.
"Saya dijemput oleh Sultan menghadiri majlis (ulang tahun hari keputeraan)...seperti ahli-ahli politik lain (di Perak), saya dijemput, bukan (sesuatu yang) istimewa," kata Nizar dengan merendah diri.
Jemputan tersebut sebenarnya teman anggap istimewa bagi Nizar dan Pakatan Rakyat.Ini menunjukan bahawa segala tohmahan dan tuduhan Umno/BN bahawa Nizar seorang yang derhaka adalah tidak benar.Jemputan Tuanku Sultan jelas menafikan segala tohmahan ‘derhaka’ Umno/BN selama ini.
No comments:
Post a Comment