Kenapa dinamakan Blogspot Ulama Pewaris Nabi ? Blog ini telah diaktifkan sejak tahun 2008 dengan berlatarbelakang memberi info tentang Islam dan politik. Blog ini sentiasa berterusan memperjuangkan memberi, menwar, memapar maklumat/info/penerangan ISLAM & politik namun Ulama Pewaris Nabi adalah menjadi idola dan perlu dijadikan ikutan dan juga sebagai sempadan kebaikan yang akan menahan atau membatas kejahatan agar tidak berterusan dan disedarkan sehingga akhirnya kebaikan akan menguasai keadaan.Nama blog ini tidak mencerminkan blogernya seorang Ulama tetapi sedang berusaha dan bercita-cita ke arah itu.Amin

pasbs2

pasbs2

pasbs baner

pasbs baner

Friday, April 3, 2009

BLOG BUKAN PR : KENAPA ABDULLAH DAN NAJIB MENGADAP BERASINGAN?

Kerana tak ikut protokol dan prosedur, semuanya bukan setakat menjadi kelam-kabut, tetapi juga mengundang timbulnya bermacam-macam khabar angin berhubung peralihan kuasa dari Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi kepada Datuk Seri Mohd Najib Abdul Razak semalam.

Difahamkan, Istana Negara tidak gembira dengan kenyataan-kenyataan oleh ahli politik dan kakitangan kanan kerajaan yang seolah-olah main ikut sedap. Akhirnya langkah tegas diambil, memastikan semua orang mengikut prosedur.

Punca bagi segala masalah ialah kenyataan yang menyebut bahawa Abdullah akan menghadap Yang Di-Pertuan Agong untuk menyerahkan surat perletakan jawatan dan mencadangkan penggantinya, dengan membawa Najib bersama-sama dengannya.

Tindakan itu disifatkan oleh Istana sebagai tidak mengikut peraturan. Dari segi protokol, DYMM Yang Di-Pertuan Agong akan bertemu dengan Perdana Menteri yang hendak melepaskan jawatan, mempertimbangkan permintaannya untuk berundur, menimbangkan pengganti yang dicadangkan olehnya dan kemudian membuat keputusan.

Hanya setelah baginda menerima perletakan jawatan itu, barulah Seri Paduka Baginda akan menerima menghadap orang yang telah dikenal pasti sebagai bakal Perdana Menteri.

Perkara itu tentulah tidak berlaku kalau Abdullah membawa Najib menghadap secara serentak.
Jadi, pagi semalam keadaan dibetulkan semula. Itulah sebabnya kenapa Abdullah terlebih dahulu menghadap, iaitu pada pukul 11 pagi. Abdullah meninggalkan istana 55 minit kemudian dan selepas itu, pada pukul 11.20 pagi barulah Najib pula diterima menghadap.

Keadaan mereka yang masuk menghadap berasingan, tidak seperti yang dihebahkan dalam kenyataan sebelumnya, telah mencetuskan khabar-khabar angin, seolah-olah berlaku masalah dalam perlantikan Najib. Malah ada golongan oportunis yang dengan berani – dan bodohnya – mendakwa perlantikan yang dijadualkan pada pukul 10 pagi, 3 April 2009 itu akan ditunda.

Bagaimanapun ternyata, semua khabar angin itu akhir mati begitu saja. Hari ini, sebentar lagi, Najib akan ‘dinobatkan’ secara rasmi sebagai Perdana Menteri Malaysia yang ke-6.

No comments: