Kenapa dinamakan Blogspot Ulama Pewaris Nabi ? Blog ini telah diaktifkan sejak tahun 2008 dengan berlatarbelakang memberi info tentang Islam dan politik. Blog ini sentiasa berterusan memperjuangkan memberi, menwar, memapar maklumat/info/penerangan ISLAM & politik namun Ulama Pewaris Nabi adalah menjadi idola dan perlu dijadikan ikutan dan juga sebagai sempadan kebaikan yang akan menahan atau membatas kejahatan agar tidak berterusan dan disedarkan sehingga akhirnya kebaikan akan menguasai keadaan.Nama blog ini tidak mencerminkan blogernya seorang Ulama tetapi sedang berusaha dan bercita-cita ke arah itu.Amin

pasbs2

pasbs2

pasbs baner

pasbs baner

Wednesday, April 29, 2009

BENARKAN PENGELUARAN 10 PERATUS GRATUITI ELAK BERHUTANG


Teman setuju saranan Cuepacs agar kerajaan membenarkan kakitangan awam mengeluarkan 10 peratus daripada jumlah ganjaran perkhidmatan masing-masing sebelum mereka bersara.
Presidennya, Omar Osman, berkata pengeluaran itu bagi membolehkan kira-kira 1.3 juta kakitangan awam menampung perbelanjaan mereka lebih-lebih lagi ketika ekonomi dunia tidak stabil. "Pada 1998 ketika ekonomi negara tidak stabil, Perdana Menteri ketika itu, Tun Dr Mahathir Mohamad, memberi RM500 kepada kakitangan awam untuk berbelanja bagi merancakkan ekonomi.
"Kini Cuepacs hanya minta kerajaan benarkan kami keluarkan 10 peratus atau setidak-tidaknya lima peratus daripada gratuiti kami," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan ceramah berkaitan isu semasa Cuepacs di Universiti Sains Malaysia di sini, hari ini. Omar berkata, dengan adanya wang hasil pengeluaran itu, ia dapat menghalang kakitangan awam daripada berhutang dengan pihak tidak bertanggungjawab seperti ceti haram. Katanya, cadangan itu sudah dikemukakan kepada Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) dan pihaknya juga telah menerima maklumat balas yang ia akan dipertimbangkan.
"Kita harap kerajaan dapat meluluskannya," katanya.

No comments: