Kenapa dinamakan Blogspot Ulama Pewaris Nabi ? Blog ini telah diaktifkan sejak tahun 2008 dengan berlatarbelakang memberi info tentang Islam dan politik. Blog ini sentiasa berterusan memperjuangkan memberi, menwar, memapar maklumat/info/penerangan ISLAM & politik namun Ulama Pewaris Nabi adalah menjadi idola dan perlu dijadikan ikutan dan juga sebagai sempadan kebaikan yang akan menahan atau membatas kejahatan agar tidak berterusan dan disedarkan sehingga akhirnya kebaikan akan menguasai keadaan.Nama blog ini tidak mencerminkan blogernya seorang Ulama tetapi sedang berusaha dan bercita-cita ke arah itu.Amin

pasbs2

pasbs2

pasbs baner

pasbs baner

Tuesday, March 24, 2009

YANG UMNO TIDAK SANGGUP LIHAT !

Sekumpulan perwakilan Umno akan menemui Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (ROS) hari ini untuk memohon supaya perhimpunan agung Umno minggu ini ditunda sehingga selesai siasatan berhubung rasuah politik berkaitan dengan pemilihan parti.Antara mereka yang akan menemui ROS pada jam 2 petang esok ialah ketua Umno bahagian Muar, Datuk Kadar Sulaiman dan Datuk Mazlan Harun dari Selangor.

"Kita juga hendak meminta ROS menjelaskan bagaimana Datuk Seri Mohd Ali Rustam dan Khairy Jamaluddin yang didapati bersalah oleh Lembaga Disiplin Umno, dibenarkan hadir dan mengundi dalam perhimpunan agung Umno kali ini," katanya ketika dihubungi Malaysiakini petang ini.

Mohd Ali dilarang bertanding jawatan timbalan presiden apabila didapati bersalah oleh Lembaga Disiplin Umno mengikut perkara 10.1 tataetika ahli umno yang membabitkan kesalahan pihak ketiga, iaitu ejennya terlibat dalam sogokan politik.

Ketiga-tiga ejen Mohd Ali itu juga didapati bersalah dan digantung keahlian selama tiga tahun.
Kadar juga mendakwa, 42 orang daripada perwakilan tidak layak menghadiri perhimpunan agung kali kerana muflis.
Khairy juga didapati bersalah mengikut perkara yang sama, tetapi hanya diberi amaran dan dibenarkan bertanding jawatan ketua Pemuda Umno.

Mengulas lanjut, Kadar berkata, menurut perlembagaan parti, apabila kedua-duanya didapat bersalah, maka mereka tidak boleh hadir mesyuarat parti.

No comments: