Kenapa dinamakan Blogspot Ulama Pewaris Nabi ? Blog ini telah diaktifkan sejak tahun 2008 dengan berlatarbelakang memberi info tentang Islam dan politik. Blog ini sentiasa berterusan memperjuangkan memberi, menwar, memapar maklumat/info/penerangan ISLAM & politik namun Ulama Pewaris Nabi adalah menjadi idola dan perlu dijadikan ikutan dan juga sebagai sempadan kebaikan yang akan menahan atau membatas kejahatan agar tidak berterusan dan disedarkan sehingga akhirnya kebaikan akan menguasai keadaan.Nama blog ini tidak mencerminkan blogernya seorang Ulama tetapi sedang berusaha dan bercita-cita ke arah itu.Amin

pasbs2

pasbs2

pasbs baner

pasbs baner

Thursday, March 5, 2009

TV7 Saluran Suara Rakyat Malaysia Sedar 2009


Alhamdulillah , Allah maha besar , malam tadi teman tertengok TV7 kebetulan tang keputusan SMS 7 Edition plak tu. Malunya Zambry(MB tak sah), Azalina(Menteri Pelancungan) mahupun Syed Hamid (Menteri ke Dalam Negeri)yang membuat tanggapan liar yang menyatakan bahawa sidang tergempar yang berlaku semalam memalukan dan mencalarkan imej negara.
Yang bestnyer .. 93 % menyatakan Sidang Tergempar semalam TIDAK lansung memalukan negara.
Nampaknya rakyat hari ini hampir sebulat suara menolak anggapan Zambry Abdul Kadir yang percaya gabungan pakatan pembangkang sengaja merancang mengadakan persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak di bawah pokok memalukan negara di mata dunia apabila undian SMS itu membuktikannya.
Rakyat rata-rata beranggapan yang memalukan negara ialah kerajaan UMNO-BN yang merampas kuasa dan membentuk kerajaan secara tidak demokratik di Perak disamping menggunakan kuasa eksekutif untuk menghalang kerajaan sah negeri Perak pimpinan Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaluddin dari memasuki bangunan Perak Darul Ridwan semalam untuk mengadakan Sidang Tergempar yang telah dipanggil oleh Speaker.

No comments: