Kenapa dinamakan Blogspot Ulama Pewaris Nabi ? Blog ini telah diaktifkan sejak tahun 2008 dengan berlatarbelakang memberi info tentang Islam dan politik. Blog ini sentiasa berterusan memperjuangkan memberi, menwar, memapar maklumat/info/penerangan ISLAM & politik namun Ulama Pewaris Nabi adalah menjadi idola dan perlu dijadikan ikutan dan juga sebagai sempadan kebaikan yang akan menahan atau membatas kejahatan agar tidak berterusan dan disedarkan sehingga akhirnya kebaikan akan menguasai keadaan.Nama blog ini tidak mencerminkan blogernya seorang Ulama tetapi sedang berusaha dan bercita-cita ke arah itu.Amin

pasbs2

pasbs2

pasbs baner

pasbs baner

Sunday, March 29, 2009



Tindakan jahat terbaru kerajaan Barisan Nasional (BN) menggantung permit akhbar oposisi dianggap takut kepada kebenaran terbongkar.

Malah bagi Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat tindakan Kementerian Dalam Negeri (KDN) itu tidak sekali-kali menghalang rakyat bagi mendapatkan maklumat yang kini berada di hujung jari.

"Sumber maklumat sekarang sudah banyak seperti internet, blog, telefon, SMS dan sebagainya yang ternyata lebih berkesan dan cepat," katanya kepada pemberita ketika ditemui selepas menerima kunjungan Pesuruhjaya Tinggi India ke Malaysia, Mr Ashok K. Kantha di pejabatnya baru-baru ini.
"Kalau nak kata akhbar oposisi buat fitnah dan menghasut, kita tengok sekarang ramai juga ahli parlimen yang pernah ditahan ISA memenangi pilihan raya kerana sokongan rakyat.

"Macamana rakyat boleh mengundi dan memberi kepercayaan kepada mangsa tahanan ISA yang dianggap kerajaan boleh mengancam keselamatan negara. Jadi peranan akhbar oposisilah menjelaskan tomohan itu tidak benar sehingga pemimpin terbabit menang dalam pilihan raya," katanya.

Kata beliau tindakan menahan seseorang pemimpin politik ke dalam ISA bukan kerana mereka mengancam keselamatan negara, sebaliknya mengancam kedudukan Umno sehingga makin hilang pengaruh.


Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) diminta menyiasat Adun Changkat Jering, Osman Jailu yang didakwa melakukan dua kesalahan semasa beliau menjadi Exco Kerajaan Negeri Perak sewaktu Pakatan Rakyat memerintah negeri ini dahulu.

Adun Titi Serong, Khalil Idham Lim dalam satu laporan kepada SPRM di sini semalam telah melapor salah guna kuasa oleh Mohd Osman Mohd Jailu jam 3.00 petang semalam.

"Hari ini saya melaporkan dua kesalahan Osman Jailu semasa memegang jawatan sebagai Exco Kerajaan Negeri Perak, pertama kesalahan Osman Jailu yang duduk dalam mesyuarat yang melantik Noraini Samat sebagai Pengurus Besar Tourism Perak Sdn. Bhd sedangkan Noraini adalah isteri kedua beliau.

"Keduanya tindakan Osman yang melangar Undang-undang Tubuh Kerajaan Negeri Perak yang menyatakan Ahli Majlis Kerajaan Negeri Perak tidak boleh terlibat dengan trade. Sedangkan menurut beliau dalam satu mesyuarat memutuskan dia sebagai penandatangan pertama,"jelasnya.

Sehubungan dengan dua kesalahan yang dilakukan oleh Osman itu, beliau meminta SPRM menyiasat dengan segera.

"Dua kesalahan yang dilakukan oleh Osman Jailu melibatkan salahguna kuasa beliau semasa menjadi Exco Kerajaan Negeri Perak, pihak SPRM wajar menyiasat seberapa segera kerana ianya merupakan satu kesalahan yang serius dilakukan oleh 'Adun lompat' itu,"katanya.

No comments: