Kenapa dinamakan Blogspot Ulama Pewaris Nabi ? Blog ini telah diaktifkan sejak tahun 2008 dengan berlatarbelakang memberi info tentang Islam dan politik. Blog ini sentiasa berterusan memperjuangkan memberi, menwar, memapar maklumat/info/penerangan ISLAM & politik namun Ulama Pewaris Nabi adalah menjadi idola dan perlu dijadikan ikutan dan juga sebagai sempadan kebaikan yang akan menahan atau membatas kejahatan agar tidak berterusan dan disedarkan sehingga akhirnya kebaikan akan menguasai keadaan.Nama blog ini tidak mencerminkan blogernya seorang Ulama tetapi sedang berusaha dan bercita-cita ke arah itu.Amin

pasbs2

pasbs2

pasbs baner

pasbs baner

Wednesday, March 4, 2009

Skim Perlindungan Rasuah Malaysia

Okey gak bila SPRM digelar Skim Perlindungan Rasuah Malaysia seperti yang dinyatakan oleh Ketua Penerangan PAS Pusat, Dato Haji Mahfuz Omar.
Adakah Pengerusi SPRM terhutang budi dengan Kerajaan Malaysia tidak mengambil tindakan kepada anak lelakinya yang bersalah menyimpan video lucah kanak-kanak.
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) didakwa tidak berminat menyiasat aduan seorang pemimpin PKR berhubung dakwaan perucubaan Datuk Seri Najib Razak merasuah wakil rakyat Pakatan Rakyat agar melompat parti bagi menjatuhkan kerajaan Perak.
Ketua bahagian PKR Ipoh Barat, Fauzi Muda berkata, SPRM nampaknya tidak berminat untuk bertindak terhadap Najib.
Sebaliknya polis seolah-olah diarah untuk bertindak terhadapnya berhubung akuan berkanun yang mengandungi butiran dakwaan tersebut, katanya lagi.
TEMBELANG SPRM SEMAKIN JELAS
Tembelang SPRM yang jelas bertindak melindungi pembesar tertentu semakin terserlah dengan beberapa aduan yang tidak disiasat sehingga kini.
Salah satu aduan yang dibuat yang sehingga sekarang tidak disiasat oleh SPRM ialah aduan Ketua Bahagian PKR Ipoh Barat Fauzi Muda yang mendakwa, beliau ditawar RM50 juta bagi perkhidmatannya itu dan untuk membayar mereka yang berjaya dipujuk melompat parti.
Malang sekali bagi rakyat Malaysia apabila SPRM yang sepatutnya menjadi badan yang membasmi rasuah dengan mendakwa para perasuah kini menjadi sebuah badan yang seolah-olah menjadi Pelindung kepada perasuah.
Sebaliknya jika aduan itu melibatkan pimpinan PR maka secepat kilat SPRM membuat kenyataan akhbar dan seterus menjalankan penyiasatan.

No comments: