Kenapa dinamakan Blogspot Ulama Pewaris Nabi ? Blog ini telah diaktifkan sejak tahun 2008 dengan berlatarbelakang memberi info tentang Islam dan politik. Blog ini sentiasa berterusan memperjuangkan memberi, menwar, memapar maklumat/info/penerangan ISLAM & politik namun Ulama Pewaris Nabi adalah menjadi idola dan perlu dijadikan ikutan dan juga sebagai sempadan kebaikan yang akan menahan atau membatas kejahatan agar tidak berterusan dan disedarkan sehingga akhirnya kebaikan akan menguasai keadaan.Nama blog ini tidak mencerminkan blogernya seorang Ulama tetapi sedang berusaha dan bercita-cita ke arah itu.Amin
pasbs2
pasbs baner
Friday, March 27, 2009
Shahrir Samad Tak Wajar Letak Jawatan!
Teman tidak bersetuju tawaran Datuk Shahrir meletakkan jawatan sebagai anggota kabinet kerana banyak tugas belum selesai berkenaan harga barang , harga minyak dan Tol.Cara begini seolah-olah menteri BN ada cara cuci tangan dan boleh belah.
Datuk Shahrir Abdul Samad menawarkan diri untuk meletakkan jawatan sebagai anggota Kabinet ekoran kegagalan dalam pemilihan kerusi Majlis Tertinggi (MT) semalam.
Ketua Umno Bahagian Johor Bahru itu berkata, keputusan yang diumumkan lewat malam tadi menggambarkan sokongan terhadap kedudukan beliau dalam anggota Kabinet.
Shahrir dilantik sebagai Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Mac 2008 selepas pilihan raya umum ke-12.
Beliau merupakan antara dua menteri, timbalan menteri dan empat menteri besar gagal dalam saingan mereka untuk menduduki MT kali ini.
Kata beliau, keputusan itu juga selari dengan konvensyen Umno iaitu meletakkan jawatan ekoran keputusan pemilihan.
Malah katanya, keputusan itu diambil selari dengan peralihan kuasa dijangka awal bulan depan.
Datuk Seri Mohd. Najib Tun Razak akan mengambil alih jawatan Presiden Umno dan Perdana Menteri. _Utusan
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment