Kenapa dinamakan Blogspot Ulama Pewaris Nabi ? Blog ini telah diaktifkan sejak tahun 2008 dengan berlatarbelakang memberi info tentang Islam dan politik. Blog ini sentiasa berterusan memperjuangkan memberi, menwar, memapar maklumat/info/penerangan ISLAM & politik namun Ulama Pewaris Nabi adalah menjadi idola dan perlu dijadikan ikutan dan juga sebagai sempadan kebaikan yang akan menahan atau membatas kejahatan agar tidak berterusan dan disedarkan sehingga akhirnya kebaikan akan menguasai keadaan.Nama blog ini tidak mencerminkan blogernya seorang Ulama tetapi sedang berusaha dan bercita-cita ke arah itu.Amin

pasbs2

pasbs2

pasbs baner

pasbs baner

Monday, March 30, 2009

SARANAN WAKIL PERHIMPUNAN UMNO MAHU GURU DIBERI KEBEBASAN BERPOLITIK HANYA AUTA!

Teman terbaca dari Blog Pengampu Negara/ Blog Pembodek Negara (BPN) dimana ada blog mereka membuat aduan terdapat Guru di Sek. Keb. Padang Gajah Trong dikesan berkempen untuk pembangkang .
Padahal baru lagi di Perhimpunan UMNO yang ada wakil UMNO mahukan kebebasan berpolitik kepada kaum guru. Tetapi sikap cemburu politik tanpa sedar mereka sanggup menyusahkan guru yang mahukan kebebasan memilih yang memang hak mengundi pada setiap individu rakyat malaysia.
Seterusnya bagaimana blog bukan PR ini diceritakan adalah di bawah ...............
Baru hari pertama berkempen, tindakan guru berkempen dengan menunjukkan gambar Nik Aziz dan Anwar Ibrahim di Sekolah Kebangsaan Padang Gajah telah di kesan oleh ibubapa murid-murid sekolah tersebut.

Menurut maklumat, ibu bapa murid-murid mendakwa guru atau usataz mereka menunjukkan gambar Nik Aziz dan Anwar sambil meminta ibubapa murid-murid tersebut mengundi calon Pas.
Tindakan guru yang pro pembangkang ini sememangnya menjadi aktivis pembangkang di dalam kawasan sekolah sejak lama lagi. Sebab itu, hari ini mereka lebih cenderung mengajar murid-murid berpolitik di sekolah dari mengajar mata pelajaran yang sepatutnya diajar.

Mereka ini umpama duri dalam daging dalam perkhidmatan kerajaan, kerana tidak bersama dengan matlamat dan aspirasi kerajaan. Mereka ini patut cari kerja lain dan jangan makan gaji bersama kerajaan jika tidak membawa aspirasi kerajaan. Tidak mungkin aspirasi kerajaan akan terlaksana jika guru-guru ini membuat tindakan yang sebaliknya.

1 comment:

Anonymous said...

setuju.
kalau kabinet setuju dengan cadangan bodoh menteri tu.

kita suruh anak bawak poster nik aziz ke sekolah. tengok sekuat mana guru besar menjerit pulak.

kekekeke !