

Teman nengok pendapat yang dikendalikan oleh Suhaimi antara Prof Dr.Mohamed Mustafa Ishak (Penganalisis Politik) dengan Prof Dr.Shakila Parween Yacob (Pensyarah UM).
Prof Dr. Mohamed membuat perbandingan di Amerika Syarikat dalam pilihanraya di mana Presiden Obama telus dalam menyatakan berapa jumlah wang masuk dari tajaan dan berapa RM yang dibelanjakan.Bila di tanya oleh Suhaimi bagaimana di Malaysia maka Prof Muhamed mengeluh sambil berkata "inilah masalahnya guna wang dalam politik tetapi beliau tidak berterus terang ".Prof. Shakila pula tidak bersetuju Malaysia dibandingkan dengan Amerika Syarikat.Tidak sesuai untuk diamal kerana orang-ramai elak digunakan.Pemberian wang harus dihadkan supaya tidak termakan budi dan sebagainya.
1. Menteri di Jabatan Perdana Menteri Tan Sri Bernard Dompok berkata kerajaan tidak mempunyai alasan untuk menafikan gejala rasuah memandangkan semua kejayaan rancangan dan strategi pembangunan negara bergantung kepada tahap profesionalisme dalam sistem penyampaiannya.
2. Dompok berkata Indeks Pembayar Rasuah 2008 oleh Transparency International mendedahkan bahawa ahli perniagaan Malaysia percaya bahawa syarikat mereka terbabit dalam amalan rasuah dengan 42 peratus mengakui memberi suapan kepada pegawai tinggi kerajaan.
3. Tahap rasuah di kalangan pegawai awam peringkat bawahan di Malaysia adalah rendah iaitu 38 peratus lebih rendah berbanding kadar 45 peratus di rantau Asia Pasifik.
4. Laporan Bank Dunia mengenai kesan bahaya rasuah ke atas ekonomi menyebut anggaran “kebocoran wang” akibat rasuah adalah lima peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (GDP) global atau bersamaan RM2.6 trilion.
5. Bagaimana dengan statistik rasuah politik atau politik wang di kalangan Ahli Politik di negara kita terutama menjelang Pilihanraya umum atau kecil?
No comments:
Post a Comment