Denda RM80 Kerana Kata Polis Bodoh
Akibat mengeluarkan perkataan kesat, “polis bodoh” kepada polis yang menyamannya, seorang pemandu teksi didenda RM80 di Mahkamah Majistret di sini Rabu lalu.
Majistret Nor Azah Kasran menjatuhkan hukuman tersebut setelah Wong Yoot Weng, 62, mengaku bersalah melakukan perbuatan tersebut di hadapan lampu isyarat, Jalan Hang Lekir, pada pukul 5.32 petang semalam.
Wong didakwa telah mengeluarkan perkataan itu bagi tujuan mengaib dan menghina anggota polis trafik yang sedang bertugas iaitu Mohd Fauzlei Mohd Zaid, 26.
Pendakwaan dijalankan oleh pegawai pendakwa Cif Insp Charles Aliff Belon manakala Wong tidak diwakili peguam.
Menurut fakta kes, Mohd Fauzlei dan rakannya sedang menjalankan tugas iaitu menyaman sebuah teksi yang diletakkan di hadapan lampu isyarat Jalan Hang Lekir.
Tiba-tiba Wong datang ke arah Mohd Fauzlei dan mengaku teksi itu kepunyaannya sambil mengeluarkan perkataan “polis bodoh” kepada Mohd Fauzlei.
Kenapa dinamakan Blogspot Ulama Pewaris Nabi ? Blog ini telah diaktifkan sejak tahun 2008 dengan berlatarbelakang memberi info tentang Islam dan politik. Blog ini sentiasa berterusan memperjuangkan memberi, menwar, memapar maklumat/info/penerangan ISLAM & politik namun Ulama Pewaris Nabi adalah menjadi idola dan perlu dijadikan ikutan dan juga sebagai sempadan kebaikan yang akan menahan atau membatas kejahatan agar tidak berterusan dan disedarkan sehingga akhirnya kebaikan akan menguasai keadaan.Nama blog ini tidak mencerminkan blogernya seorang Ulama tetapi sedang berusaha dan bercita-cita ke arah itu.Amin
No comments:
Post a Comment