Umno takut golongan agama ! Selesai sudah Muktamar Sanawi PMRAM kali ke-76 yang berlangsung tanggal 25 – 26 Mac kelmarin yang bertempat di bumi Anbiya', Mesir. Ust Abdul Muiz ditaklif sebagai Presiden baru bagi sesi 2009/2010. Tahniah diucapkan.
Pelbagai isu dibangkitakan dalam muktamar tersebut. Namun, antara isu yang panas dan hangat dibahaskan adalah masalah tekanan yang dilakukan ke atas beberapa Badan Kebajikan Anak Negeri yang bernaung dibawah PMRAM. Semua tindakan-tindakan ini dilakukan oleh pegawai-pegawai yang dilantik oleh Kerajaan Negeri masing-masing dan dihantar ke Mesir kononnya untuk membantu urusan kebajikan pelajar-pelajar.
Namun, hakikatnya jauh dari tugasan sebenar. Kewujudan pegawai dari kerajaan Selangor (sebelum ini), akhirnya melumpuhkan sama sekali Badan Kebajikan Anak Selangor Mesir (BKASM) dan sekarang berjaya digerakkan semula. Nasib yang sama menimpa Badan Kebajikan Anak Negeri Sembilan (BAKANS). Entah bagaimana nasibnya hingga kini, masih tidak diketahui. Anak-anak Terengganu yang bernaung dibawah Keluarga Penuntut Terengganu (KPT) juga menghadapi situasi yang sama. Hak-hak mereka semakin dinafikan.
Terkini, Badan Kebajikan Mahasiswa Islam Pahang (BKMIP) pula menjadi sasaran tekanan. Belum lagi 2/3 ahli mempersetujui pembubaran BKMIP untuk peralihan kepimpinan baru yang termaktub didalam perlembagaan badan mereka, mereka telah diarah untuk membubarkannya oleh pegawai yang dihantar kesana. Kemungkinan, kepimpinan baru yang akan dilantik adalah mahasiswa yang berkecenderungan kepada pihak Umno atau yang terlibat dengan Nadi Umno disana. BKMIP acuan Umno mungkin akan berlaku dalam masa terdekat dan hubungan dengan PMRAM akan dinafikan.
Setakat artikel ini ditulis, tiada perkembangan yang diterima. Namun, saya optimis bahawa mahasiswa Islam dari Pahang yang berada disana, adalah golongan terdidik dan mampu mempertahankan hak-hak mereka yang dinafikan.
Benar-benar malang apabila program-program Tafaqquh (pengajian ilmu) yang mempunyai kaitan dengan PMRAM dan dibuat dikediaman anak-anak Pahang dihalang. Makluman terkini juga menyebut, dalam masa terdekat, pegawai baru dari Pahang pula akan dihantar untuk bertugas tanggal 1 April ini dan entah bagaimana watak ‘orang baru’ ini, wallahua’lam.
Kisah tekanan kepada anak negeri yang bernaung dibawah PMRAM bukan lagi isu baru. Ia sudah puluhan tahun berlaku. Semuanya hasil dari kebimbangan menggila dan benar-benar gila regim Barisan Nasional terhadap golongan yang terdidik dengan Islam dan menjadikan Islam sebagai fikrah kehidupan. Impaknya, kepulangan mereka dari Al-Azhar umpama bom atom yang akan meledakkan ‘aqidah’ sesat Sekular dan Nasionalisme yang diimani oleh pemerintah. Maka, jalan pintasnya adalah dengan melemparkan serangan bertalu-talu kepada PMRAM kononnya mereka adalah alat parti pembangkang di Mesir.
Akhirnya, apa sahaja yang ada kaitan dengan PMRAM, menjadi sasaran tembakan mereka termasuk pertubuhan-pertubuhan anak negeri.
Bagi menghadapi ketakutan yang mengerikan kepada pelajar-pelajar agama ini, maka alternative pilihan sebagai talian hayat terakhir adalah mewujudkan kelab Umno di luar Negara termasuk di Mesir yang famous dengan nama Nadi Umno. Lalu, pejabat-pejabat Badan Perhubungan Umno pun ditubuhkan disana termasuk di kediaman anak-anak negeri dari Pahang. Isu pembukaan pejabat Umno ini sudah dibicarakan oleh Ust Nasrudin Tantawi sebelum ini diblognya selepas pulang dari kunjungan ke Mesir.
Namun, tersangat malang dan terasa ditimpa musibah, apabila mahasiswa yang berada dalam lingkungan pengajian Islam baik Syariah atau Ushuluddin dan sebagainya menjadi sedikit dungu menggabungkan diri bersama Nadi Umno disana. Ada yang memang jelas Umno, ada yang sekadar mencari ‘nikmat’ bersama Umno dan ada juga yang pelbagai alasan maslahah dan masalah.
Disaat mahasiswa dimomokkan dengan ancaman jika terlibat dengan pembangkang, dilarang keras didalam kursus Biro Tata Negara dari melibatkan diri dengan Pmram, namun mereka juga yang bertindak tidak professional dengan menubuhkan Kelab Umno atas alasan membantu kebajikan pelajar. Jika benar mahukan kebajikan pelajar terjamin, untuk apa melalui Kelab Umno?
Bagaimana pula kalau selepas ini muncul pelajar yang berfikiran ‘radikal’ sedikit dan meminta pula ditubuhkan Kelab Pas, Kelab Keadilan, Kelab….dll? Bubarkan dulu Kelab Umno sebelum berbicara soal larangan mahasiswa berpolitik !
Jika PMRAM dituding sebagai pro-pembangkang sekalipun (jika itu adalah benar), muhasabahlah semula berkali-kali dan ketuk kepala sekuat mungkin dan soal diri, mengapa pelajar agama menolak Umno.
Catatan penulis : Saya sangat berkeyakinan bahawa antara punca Mou antara 18 buah Ipts di Malaysia dengan Al-Azhar dibatalkan juga adalah dengan peranan ‘orang-orang’ dari Malaysia ini juga. Pelbagai alasan dibuat dan diwar-warkan untuk meyakinkan mahasiswa di Malaysia, kononnya ini adalah keputusan rasmi pentadbiran Al-Azhar walaupun pada hakikatnya jawapan pemerintah Malaysia berbeza-beza ketika ditanya. Tim.Menteri Pengajian Tinggi , Dato' Idris Haron jawab “kerana peluang pekerjaan kurang untuk lepasan Azhar bila pulang, maka kerajaan menghadkan penghantaran ke sana”. Najib Al-Tantuya jawab “ini kehendak Azhar kerana mahasiswa yang pulang kurang mampu menguasai bahasa Arab”. Siapa yang betul? Inilah step-step terselindung pihak penguasa untuk mengurangkan, menghalang bahkan akan menutup terus penghantaran mahasiswa Malaysia ke sana
Kenapa dinamakan Blogspot Ulama Pewaris Nabi ? Blog ini telah diaktifkan sejak tahun 2008 dengan berlatarbelakang memberi info tentang Islam dan politik. Blog ini sentiasa berterusan memperjuangkan memberi, menwar, memapar maklumat/info/penerangan ISLAM & politik namun Ulama Pewaris Nabi adalah menjadi idola dan perlu dijadikan ikutan dan juga sebagai sempadan kebaikan yang akan menahan atau membatas kejahatan agar tidak berterusan dan disedarkan sehingga akhirnya kebaikan akan menguasai keadaan.Nama blog ini tidak mencerminkan blogernya seorang Ulama tetapi sedang berusaha dan bercita-cita ke arah itu.Amin
pasbs2
pasbs baner
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 comment:
halooo nice post.. nice to meet you lam kenal....
Post a Comment