Kenapa dinamakan Blogspot Ulama Pewaris Nabi ? Blog ini telah diaktifkan sejak tahun 2008 dengan berlatarbelakang memberi info tentang Islam dan politik. Blog ini sentiasa berterusan memperjuangkan memberi, menwar, memapar maklumat/info/penerangan ISLAM & politik namun Ulama Pewaris Nabi adalah menjadi idola dan perlu dijadikan ikutan dan juga sebagai sempadan kebaikan yang akan menahan atau membatas kejahatan agar tidak berterusan dan disedarkan sehingga akhirnya kebaikan akan menguasai keadaan.Nama blog ini tidak mencerminkan blogernya seorang Ulama tetapi sedang berusaha dan bercita-cita ke arah itu.Amin

pasbs2

pasbs2

pasbs baner

pasbs baner

Monday, March 23, 2009

Muhammad Taib : Cuba Berikan Saya Kementerian Perdagangan Antarabangsa & Industri ! 'Kalau nak uji Bahasa Inggeris saya'


“Saya memang sedar orang bercakap mengenainya tetapi keadaan ini akan berubah apabila seseorang menyokong sesebuah parti," kata beliau menjawab komen seorang pelajar yang mempertikaikan kredibilitinya kerana tidak fasih berbahasa Inggeris pada satu kursus kepimpinan Kelab Umno Luar Negara.

Muhammad menyebut beliau merupakan graduan ijazah kelas pertama dalam bidang Sejarah daripada Universiti Malaya sebagai bukti beliau mahir dalam bahasa tersebut.
“Semua peperiksaan dijalankan dalam bahasa Inggeris: Peperiksaan London Cambridge dan Peperiksaan Malaysia Cambridge ,"tambah beliau
Muhammad juga berkata beliau berjaya mewujudkan puluhan jutawan di negeri Selangor dan membawa masuk pelaburan dari Taiwan, Korea and Amerika Syarikat semasa menjadi Menteri Besar.

“Saya kini hanya Menteri Luar Bandar dan Pembangunan Wilayah, mungkin sebab itu anda hanya membaca sedikit sahaja berita mengenai saya. Cuba berikan saya Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri,” usik beliau.

Yang orang musykil apa hubungan kejayaan mewujudkan kumpulan jutawan dan membawa masuk pelabur dengan kemampuan berbahasa Inggeris.

Jika Muhammad berkata beliau faham semua soalan peperiksaan dalam bahasa Inggeris maka tidakkah beliau berbohong kepada pihak berkuasa Australia apabila beliau mengaku tidak faham peraturan dalam bahasa Inggeris semasa disoal siasat berhubung wang berjumlah RM2.4 juta yang dibawa masuk ke negara tersebut?

Peristiwa beliau ditahan di lapangan terbang Brisbane, Australia pada tahun 1996 menggegarkan negara apabila beliau ditahan atas kesalahan membawa wang yang tidak isytiharkan sebanyak RM2.4 juta.

Beliau yang masih menjadi Menteri besar ketika ditahan dikatakan membawa wang tersebut dalam sebuah guni dan menurut laporan media Australia wang itu bukan kepunyaannya tetapi milik adiknya untuk urusan pembelian ladang lembu di sana.

No comments: