Kenapa dinamakan Blogspot Ulama Pewaris Nabi ? Blog ini telah diaktifkan sejak tahun 2008 dengan berlatarbelakang memberi info tentang Islam dan politik. Blog ini sentiasa berterusan memperjuangkan memberi, menwar, memapar maklumat/info/penerangan ISLAM & politik namun Ulama Pewaris Nabi adalah menjadi idola dan perlu dijadikan ikutan dan juga sebagai sempadan kebaikan yang akan menahan atau membatas kejahatan agar tidak berterusan dan disedarkan sehingga akhirnya kebaikan akan menguasai keadaan.Nama blog ini tidak mencerminkan blogernya seorang Ulama tetapi sedang berusaha dan bercita-cita ke arah itu.Amin

pasbs2

pasbs2

pasbs baner

pasbs baner

Wednesday, March 25, 2009

MALAYSIA JADI HUB HALAL ? AYAM SEMBELIH MAKANAN RAKYAT PUN MASIH DIPERTIKAI!



Teman pun malu bila pemimpin negara terutama Kj berdegar-degar menyatakan impian Malaysia jadi Hub Halal dunia.Rasa teman amat kesal kerana tak ada sebarang tindakan susulan pun diambil ke atas berita itu dan ini. Malahan,pemimpin berkenaan rilek je, seolah-olah masalah tu bukan masalah utama umat Islam. Padahal makanan itulah sebahagian komponen yang akan mengenerasikan dalam tubuh umat Islam suatu hari nanti, yang kini sentiasa dipengaruhi oleh perbuatan yang tidak bermoral.
Teman heran tiada ketegasan pihak berkuasa memblacklist syarikat yang terbabit.Malah nak siarkan nama syarikat tersebut pun tersekat-sekat macam ada apa-apa je.

Seperti kata Imam Al-Ghazali, kalau kita mahu anak kita soleh dan solehah, makanlah dari apa yang HALAL sejak dari janin lagi. Sebaliknya, anak akan menjadi derhaka jika diberikan makanan dari sumber yang HARAM atau kotor!
Apalah nasib orang-orang Islam seperti aku yang sentiasa dibayangi oleh kedegilan orang-orang bukan Islam. Walaupun telah diajar berkali-kali bahawa cara hidup orang-orang Islam tidak sama dengan orang-orang bukan Islam, tapi apakan daya, tuntutan kehidupan membatasi segalanya. Ada yang sanggup ambil jalan mudah untuk menjayakan agenda tersendiri sehingga sanggup mempertaruhkan akidah orang Islam.

Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) yang menyerbu pusat penyembelihan ayam yang berada di Kampung Sungai Kayu Ara, Damansara, menemui 1,863 kilogram ayam yang disembelih tidak mengikut syarat. Lebih mengejutkan apabila 38 pusat penyembelihan yang diperiksa itu turut memaparkan siri logo halal yang diluluskan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) di premis masing-masing, tetapi pemeriksaan mendapati cara penyembelihan itu meragukan.

Pegawai Jais, Mohd Hidayat Abd Rani, berkata pemeriksaan ke atas premis terbabit mendapati ayam itu tidak disembelih dengan betul, tetapi ia diproses sebelum di jual di pasar di sekitar Lembah Klang.

Ini sama halnya dengan ayam cucuk, ayam yang tidak disembelih tetapi menggunakan alat untuk mencucuk di leher ayam tersebut supaya mati. Ayam ini tidak halal dimakan oleh umat Islam kerana dikategorikan sebagai bangkai. Untuk mengenal ayam cucuk ialah di leher ayam tersebut ada kesan lubang seperti dicucuk. Seperti gambar di bawah:

No comments: