
Mahasiswa terang-terangan dijadikan alat Umno melalui pertubuhan haramnya iaitu Nadi Umno. Dalam masa yang sama, mereka menuding jari dan melemparkan tuduhan bahawa Pmram alat pembangkang, bahkan sampai hilang kewarasan meminta Pmram yang sudah mencapai umur 70 tahun ini diharamkan. Baca sejarah panjang Pmram sebelum anda mohon diharamkan. Perhatikan sumbangan mereka kepada mahasiswa Malaysia. Soal, bekas-bekas anggota Pmram pulang, lalu bersama Pas, itu hak mereka hasil dari pemahaman mereka terhadap ilmu yang dipelajari.
Haramkan dulu Kelab Umno yang jelas pertubuhan yang menjadi alat parti politik dan memperalatkan mahasiswa sebagai ahli sebelum menyerang Pmram. Jika Kelab Umno bebas bertemu mana-mana pemimpin parti politik, maka mahasiswa lain juga berhak bertemu dan mendengar ucapan dari mana-mana pemimpin parti politik.
Siapa yang tidak hormati persatuan induk mahasiswa Malaysia di Mesir? Pmram ditubuhkan pada tahun 1930 dan Kelab Umno tanggal 31 Ogos 1982, atas alasan ingin membantu kebajikan mahasiswa. Untuk apa bantu mahasiswa melalui kelab yang jelas kelab politik? Benarkah kebajikan mahasiswa terbela di bawah Kelab Umno?
Seorang perwakilan di perhimpunan agung Umno menggesa kerajaan mengharamkan penggunaan nama "Pakatan Rakyat" kerana mendakwa ia satu pertubuhan haram.
"Bilakah Pakatan Rakyat diluluskan? Bilakah Pakatan Rakyat menjadi pakatan siasah yang sah dari segi undang-undang?" kata wakil Pemuda Umno, Nur Saidi Nayan.
Tambahnya, gabungan tiga pembangkang itu tidak pernah ditubuhkan secara rasmi.
"Kalau tidak ada (secara rasmi), kenapa semua pihak - parti parti politik, media massa, dan TV, sama ada milik kerajaan atau swasta - memberi promosi percuma kepada pertubuhan haram itu?
"Saya cadangkan, kita hari ini haramkan semua pihak menggunakan perkataan Pakatan Rakyat kerana ia sebuah pertubuhan haram.
"Ini tidak boleh dibenarkan sama sekali," tegas Nur Saidi.
Berbeza dengan Umno yang dilahirkan dalam istana, katanya lagi, gabungan pembangkang "parti serpihan (yang lahir) bersama dendam, khianat dan demonstrasi jalanan."
"Siapa pula Pakatan Rakyat yang dicanangkan akan mengambil alih kerajaan pusat pada 16 September lalu?
"Siapa mereka ini? Bukankah negara mempunyai undang-undang peraturan menubuhkan parti politik," katanya ketika membahaskan usul ucapan dasar presiden Umno hari ini.
No comments:
Post a Comment