Kenapa dinamakan Blogspot Ulama Pewaris Nabi ? Blog ini telah diaktifkan sejak tahun 2008 dengan berlatarbelakang memberi info tentang Islam dan politik. Blog ini sentiasa berterusan memperjuangkan memberi, menwar, memapar maklumat/info/penerangan ISLAM & politik namun Ulama Pewaris Nabi adalah menjadi idola dan perlu dijadikan ikutan dan juga sebagai sempadan kebaikan yang akan menahan atau membatas kejahatan agar tidak berterusan dan disedarkan sehingga akhirnya kebaikan akan menguasai keadaan.Nama blog ini tidak mencerminkan blogernya seorang Ulama tetapi sedang berusaha dan bercita-cita ke arah itu.Amin
pasbs2
pasbs baner
Tuesday, March 31, 2009
KITA BONGKAR RAHSIA KITAB,KITA BONGKAR JUGA SIAPA MEJAR (CALON BEBAS BKT SELAMBAU)
Adakah Pak Lah semalam berdusta/berbohong atau beliau tak tau apa-apa?. Semasa ditanya oleh media Perdana Menteri itu dengan bangganya mengatakan bahawa calom bebas adalah orang pembangkang kerana dalam UMNO tidak boleh ada dua calon bertanding.
BUKIT SELAMBAU [3.05 pm] - Ini satu berita panas yang pasti memalukan, ia berkaitan dengan calon bebas yang ditaja oleh UMNO dan BN seperti yang telah kami dedahkan dalam artikel sebelum ini. Sememannya, bagai yang sudah dijangka memang kini akhirnya terbongkar orang pertama yang dipercayai ditaja oleh mereka. Beliau ialah calon yang menggunakan lambang Telefon iaitu Mejar (B) Hj.Anuar Abd Hamid (foto).
Beliau layak bertanding bersama 12 calon bebas yang lain semalam. Siasatan mendapati beliau merupakan ahli UMNO dan memegang jawatan sebagai AJK UMNO Bahagian Merbok (1995-2008) dan Ketua Cawangan UMNO Jalan Badlishah (1995-2008).
Jika benar laporan ini maka ternyatalah kini apa yang kami laporkan bahawa majoriti calon bebas ditaja oleh UMNO dan BN untuk memecahkan undi semakin terserlah kini.
Rahsia akhirnya terbongkar dan tidak dapat ditutup lagi.
Cara itu kononnya adalah bagi menunjukkan displin dan ia adalah yang terbaik dalam UMNO berbanding parti lain. Maka dengan terbongkarnya rahsia ini, membuktikan kepada kita segala apa yang diucapkan oleh Pak Lah itu hanyalah omongan kosong belaka, hakikatnya UMNO dan BN sendiri yang telah menaja calon bebas bagi tujuan memecahkan undi untuk memastikan BN menang.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment