Kenapa dinamakan Blogspot Ulama Pewaris Nabi ? Blog ini telah diaktifkan sejak tahun 2008 dengan berlatarbelakang memberi info tentang Islam dan politik. Blog ini sentiasa berterusan memperjuangkan memberi, menwar, memapar maklumat/info/penerangan ISLAM & politik namun Ulama Pewaris Nabi adalah menjadi idola dan perlu dijadikan ikutan dan juga sebagai sempadan kebaikan yang akan menahan atau membatas kejahatan agar tidak berterusan dan disedarkan sehingga akhirnya kebaikan akan menguasai keadaan.Nama blog ini tidak mencerminkan blogernya seorang Ulama tetapi sedang berusaha dan bercita-cita ke arah itu.Amin

pasbs2

pasbs2

pasbs baner

pasbs baner

Saturday, March 21, 2009

KENAPA DR MAHATHIR BERIYA-YA NAK NAJIB JADI PM ?

Teman pun muskil kenapa beriya-iya(bersungguh-sungguh) Dr Mahathir bekas ahli UMNO nak Najib jadi PM?Mungkin dengan Najib beliau boleh dapat keahlian UMNO balik.Mingkin Beliau tiada pilihan lain sebab Najib tiada lawan.?Mungkin beliau taku jika Najib gagal , orang baru yang baik laku akan naik mendadak.
Tun Dr Mahathir Mohamad (Bekas Perdana Menteri), menegaskan pada pilihan raya umum akan datang, Barisan Nasional (BN) akan tewas di tangan pembangkang sekiranya gambaran negatif rasuah dan korupsi tidak ditangani sepenuhnya.

Menurutnya, UMNO sebagai parti terbesar dalam BN masih lagi tidak bertindak dengan bersungguh-sungguh untuk menangani politik wang walaupun Lembaga Disiplin UMNO sudah mengeluarkan arahan menggantung pemimpin tertentu.

“Pada pilihan raya umum yang lalu, lima negeri telah tumbang di tangan Pakatan Rakyat (PR) dan lebih teruk, BN tidak berjaya mengekalkan majoriti 2/3 Parlimen. Keputusan ini adalah paling teruk dalam sejarah pilihan raya BN.

“Ini berpunca daripada rakyat yang sudah tahu dan melihat korupsi dalam BN sudah sampai ke tahap menjijikkan. Jadi, mereka menterjemahkan bantahan mereka dalam bentuk pilihan raya.

“UMNO langsung tidak belajar daripada PRU-12. Mereka memandang rendah soalan-soalan daripada rakyat,” katanya pada sidang media selepas mengadakan sidang akhbar Forum Pameran Pembunuhan Gaza di sini, semalam.

Beliau turut mempersoalkan keputusan Lembaga Disiplin UMNO yang mengatakan sesetengah pemimpin didapati tidak bersalah, sedangkan semua orang tahu mereka secara terang-terang ‘terlibat dengan politik wang’.

“Saya tidak tahu macam mana keputusan dibuat dan mendapati sesetengah pemimpin ini tidak bersalah, saya berasa pelik,” katanya.

Mengulas mengenai perkembangan yang melibatkan penggantungan Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohd Ali Rustam daripada bertanding jawatan Timbalan Presiden, Tun turut mempersoalkan keputusan yang dibuat oleh Lembaga Disiplin parti.

“Saya hairan kenapa Mohd Ali mengaitkan saya sebagai punca keputusan ini dibuat. Saya ingin jelaskan di sini saya tidak lagi mempunyai apa-apa jawatan dalam UMNO. Jika saya mahu buat, saya sudah lakukannya sejak dari dulu lagi.

“Saya juga pelik kenapa Lembaga Disiplin UMNO masih mengekalkannya sebagai Ketua Menteri Melaka? Sepatutnya dia digugurkan jawatan dalam parti kerana bagaimana mahu menjadi pemimpin jika semua orang tahu beliau terlibat dengan politik wang,” katanya.

Apabila diminta calon Timbalan Presiden yang disokong oleh Tun setelah terkeluarnya Mohd Ali, Tun menjawab beliau menyokong Tan Sri Muhyiddin Yasin.

“Saya tidak menyokong pemimpin yang tidak reti membaca dan menulis dalam bahasa Inggeris dan juga pernah ada masalah di Australia,” katanya.

Ditanya pula mengenai kemungkinan Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi tidak melepaskan jawatan sebagai Perdana Menteri walaupun Datuk Seri Najib Tun Razak dilantik menjadi Presiden UMNO, Tun menjawab, “Tidak disebut dalam undang-undang yang mengatakan Presiden UMNO mesti menjadi Perdana Menteri, budaya ini hanya direka oleh kita sahaja.

“Sesiapapun yang menjadi Perdana Menteri mestilah mendapat sokongan majoriti di Parlimen dan saya yakin jika pengundian dibuat di Parlimen, kemungkinan Abdullah boleh menjadi Perdana Menteri sehingga PRU yang akan datang.

“Ini adalah kerana pembangkang sudah tentu tidak menyokong Najib dan mereka akan menyokong Abdullah menjadi ‘Perdana Menteri pembangkang’,” katanya.

Sementara itu, mengulas kenyataan bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Zaid Ibrahim yang menggesa Yang di-Pertuan Agong, Sultan Mizan Zainal Abidin tidak memperkenankan pelantikan Najib sebagai Perdana Menteri yang akan datang, Tun menyifatkan kenyataan tersebut sebagai sesuatu yang lucu.

“Orang yang buat cadangan ini bukanlah seorang yang dipandang tinggi dan waras, jika saya jadi Yang di-Pertuan Agong, saya buang cadangan tersebut.

“Bagaimana saya mahu mendengar dari seorang katak yang melompat sehari sepuluh kali,” katanya.

No comments: