Kenapa dinamakan Blogspot Ulama Pewaris Nabi ? Blog ini telah diaktifkan sejak tahun 2008 dengan berlatarbelakang memberi info tentang Islam dan politik. Blog ini sentiasa berterusan memperjuangkan memberi, menwar, memapar maklumat/info/penerangan ISLAM & politik namun Ulama Pewaris Nabi adalah menjadi idola dan perlu dijadikan ikutan dan juga sebagai sempadan kebaikan yang akan menahan atau membatas kejahatan agar tidak berterusan dan disedarkan sehingga akhirnya kebaikan akan menguasai keadaan.Nama blog ini tidak mencerminkan blogernya seorang Ulama tetapi sedang berusaha dan bercita-cita ke arah itu.Amin

pasbs2

pasbs2

pasbs baner

pasbs baner

Wednesday, March 25, 2009

KALAULAH ... TEMAN PEMUDA UMNO !


Kalau lah teman adalah pemuda UMNO teman akan pastikan teman dapat projek, kecualilah temanni lurus bendul macam siBendul ala Mr. Bean Malaysia.
Teman akan malu jika Kerajaan yang bertulangbelakang UMNO guna jalan pengecut menggantungkan media Harakah & Suara Keadilan . Teman rasa malu tak terhingga kerana Najib kata UMNO adalah parti yang kuat dan ahlinya ramai dan ramai orang-orang kuat nya dalam kerajaan.Jadi nampak pengecut jika media yang ciput itu menakutkan UMNO dan orang atasan UMNO.
UMNO perlu menangi hati orang Melayu
Datuk Seri Najib Tun Razak meletakkan misi besar kepada semua peringkat ahli UMNO untuk bersedia menerima dan melaksanakan perubahan atau menghadapi kemungkinan parti yang telah banyak berjasa kepada orang Melayu dan negara itu akan berkubur.

Najib menarik perhatian bahawa perubahan itu bermula daripada pemilihan pemimpin sehinggalah membersihkan imej parti daripada politik wang.

Peringatan beliau kepada para perwakilan parti itu ialah UMNO, seperti juga mana-mana parti politik lain, akan hancur jika pemimpin dan ahlinya dibelenggu politik wang.

“Pemimpin berkualiti tetapi tidak memberi rasuah akan terpinggir. Parti akan diterajui pula golongan yang akan mengamalkan budaya itu dalam kepimpinan.

“Barangkali juga semua tahu apa itu SK dan SI, Salam Kosong (SK) dan Salam Isi (SI)... ini bukan satu gurauan,” Ketika menyampaikan ucapannya bertemakan ‘Menakhoda Zaman’, katanya, UMNO juga tidak akan membiarkan Melayu dan bumiputera yang membentuk lebih dua pertiga rakyat negara ini terpinggir tanpa pembelaan kerana jika ia berlaku, negara tidak lagi akan stabil.

“Kesimpulannya, untuk kekal lestari, UMNO mesti memenangi semula hati dan pemikiran orang Melayu.
“Berubah daripada sikap-sikap mazmumah kepada sikap-sikap mahmudah. Berubah daripada kurang mesra kepada mesra, daripada mementingkan diri kepada mementingkan rakyat, daripada malas kepada rajin kerja, berubah daripada kurang berkhidmat kepada suka berkhidmat. Berubahlah, jika tidak, kita rebah!” ujarnya dalam ucapan penuh penuh semangat.

No comments: