Kenapa dinamakan Blogspot Ulama Pewaris Nabi ? Blog ini telah diaktifkan sejak tahun 2008 dengan berlatarbelakang memberi info tentang Islam dan politik. Blog ini sentiasa berterusan memperjuangkan memberi, menwar, memapar maklumat/info/penerangan ISLAM & politik namun Ulama Pewaris Nabi adalah menjadi idola dan perlu dijadikan ikutan dan juga sebagai sempadan kebaikan yang akan menahan atau membatas kejahatan agar tidak berterusan dan disedarkan sehingga akhirnya kebaikan akan menguasai keadaan.Nama blog ini tidak mencerminkan blogernya seorang Ulama tetapi sedang berusaha dan bercita-cita ke arah itu.Amin

pasbs2

pasbs2

pasbs baner

pasbs baner

Thursday, March 26, 2009

DUA BAHAGIAN UMNO SAHUT SERUAN PR DAN SASTRAWAN NEGARA BANTAH PPSMI

1. UMNO Bahagian Ledang, Johor.
2. UMNO Bahagian Kuala Langat.
Usul kedua-dua Bahagian tolak PPSMI diterima tanpa bahas
Dua Wanita Umno bahagian mengesa kerajaan mengembalikan penggunaan bahasa ibunda dalam Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPMSI) yang diamalkan di sekolah-sekolah.

Usul daripada Wanita Umno Ledang, Johor dan Kuala Langat, Selangor itu merupakan sebahagian usul pendidikan yang diterima tanpa bahas dalam perhimpunan Wanita Umno 2008 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di ibu negara hari ini.

Wanita Umno Ledang membuat gesaan itu dalam kerana perlaksanaan PPSMI di sekolah kebangsaan didakwa “melemahkan minat murid, terutamanya daripada kawasan luar bandar”.

Usul itu menyebut: “Menegaskan kerajaan menimbang semula kesan negatif pengajaran dan pembelajaran (Sains dan Matematik) dalam bahasa Inggeris di sekolah rendah bagi mata pelajatan Sains dan Matematik.”

Wanita Umno Kuala Langat pula menyifatkan bahasa Melayu perlu digunakan kembali berdasarkan ketetapan dan peruntukan Perkara 152 Perlembagaan Persekutuan yang menetapkan Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaaan dan bahasa rasmi negara.
Teman dah tahu banyak usul-usul dicetak dan diagihkan tapi banyak tiada tindakan.

No comments: