Kenapa dinamakan Blogspot Ulama Pewaris Nabi ? Blog ini telah diaktifkan sejak tahun 2008 dengan berlatarbelakang memberi info tentang Islam dan politik. Blog ini sentiasa berterusan memperjuangkan memberi, menwar, memapar maklumat/info/penerangan ISLAM & politik namun Ulama Pewaris Nabi adalah menjadi idola dan perlu dijadikan ikutan dan juga sebagai sempadan kebaikan yang akan menahan atau membatas kejahatan agar tidak berterusan dan disedarkan sehingga akhirnya kebaikan akan menguasai keadaan.Nama blog ini tidak mencerminkan blogernya seorang Ulama tetapi sedang berusaha dan bercita-cita ke arah itu.Amin

pasbs2

pasbs2

pasbs baner

pasbs baner

Tuesday, March 31, 2009

Calon PKR Pilihan Utama Rakyat DUN Bukit selambau




Masyarakat Siam sekitar Pekan Bukit Selambau bertekad akan memberi sokongan penuh pada calon Pakatan Rakyat di Dewan Undangan Negeri (Dun) N25 Bukit Selambau pada pilihan raya kecil kali ini.
Mereka berkata sokongan pada Barisan Nasional (BN) tidak membawa untung sebaliknya merugikan ekoran tindakan kepimpinan BN bila menang sering menghilangkan diri.
BN dakwa mereka umpama 'layang-layang terputus ekor' terpusing ke sana ke mari tanpa tujuan maka tidak hairan mereka boleh melakukan berbagai cara semata-mata untuk menang.
Deng Hong, 55, mendakwa Umno dan BN tidak boleh dipercayai lagi ekoran terlalu banyak kesalahan yang dilakukan oleh kepimpinan tertinggi.
Lagipun, BN sering menggunakan peluang yang ada untuk kepentingan diri serta kroni.
"BN tidak boleh dipercayai lagi. Kami dah tak mau BN, " ujarnya.

No comments: