
Berita yang agak menarik dan terbaru ialah dari Bukit Gantang berdasarkan maklumat dari Sha Reformis. Semasa solat Maghrib berjemaah di Masjid Simpang. Antara yang hadir untuk solat di masjid itu ialah calon PAS @ Menteri Besar, Dato' Seri Ir Nizar. Sewaktu tiba, beliau diminta oleh jemaah supaya mengimamkan solat Maghrib. Yang menariknya ialah antara yang menjadi makmum dalam solat Maghrib berjemaah itu ialah Zambry Menteri Besar Kerajaan Kudeta, Muhyiddin Yasin dan juga calon BN, Ismail Safian.
Mungkin esok kita tengok Ismail, Muhyiddin atau Zambry pula yang jadi Imam. Itulah indahnya Islam, dalam rumah Allah semuanya sama rata, tetapi yang terbaik akan diberi kepercayaaan menjadi ketua.
Yang Teman harapkan Dato' Seri IR Nizar akan jadi Imam(Ketua) Negeri Perak dan Imam(Ketua) rakyat Parlimen Bukit Gantang.
No comments:
Post a Comment