Kenapa dinamakan Blogspot Ulama Pewaris Nabi ? Blog ini telah diaktifkan sejak tahun 2008 dengan berlatarbelakang memberi info tentang Islam dan politik. Blog ini sentiasa berterusan memperjuangkan memberi, menwar, memapar maklumat/info/penerangan ISLAM & politik namun Ulama Pewaris Nabi adalah menjadi idola dan perlu dijadikan ikutan dan juga sebagai sempadan kebaikan yang akan menahan atau membatas kejahatan agar tidak berterusan dan disedarkan sehingga akhirnya kebaikan akan menguasai keadaan.Nama blog ini tidak mencerminkan blogernya seorang Ulama tetapi sedang berusaha dan bercita-cita ke arah itu.Amin

pasbs2

pasbs2

pasbs baner

pasbs baner

Wednesday, February 4, 2009

PESANAN HADAPI SUNAMI EKONOMI

Apa yang patut dibuat jika kita di buang kerja atau lepas dapat VSS.

1. Kita mesti redho dengan Qada dan Qadar Ilahi. Jangan terlampau stress dengan memohonlah dengan Allah dimurahkan rezeki. Mungkin hari ini hari kita di bawah, Insyallah dengan kurniaan Allah kita masih boleh terus survive. Apa yang penting hidup mesti diteruskan disamping bekalan untuk Akhirat.

2. Ubah cara hidup kita dari segi berbelanja. Tukar jenama mahal ke jenama yang murah dan buatan tempatan dan sekaligus boleh "boikot Israel".Belajar berjimat cermat dalam kehidupan seharian untuk bil-bil utiliti seperti elektrik,air dan telekomunikasi. Susun belanjawan kita semula dari benda yang penting didahulukan dan benda-benda yang kurang penting seperti astro juga mungkin tidak perlu di masa ini.Untuk perokok, mungkin sudah tiba masanya kita berhenti menghisap rokok.

3. Gunakan wang yang ada dengan cara berhemah.Wang pampasan yang kita terima JANGAN mengambil risiko dengan berjudi nombor ekor, melabur di skim-skim cepat kaya dan pelaburan internet.

4. Jangan menambah hutang sedia ada dengan hutang baru. Jangan gunakan kad kredit, seeloknya gunakanlah wang tunai.

5. Jumpa dengan Pegawai Bank, jika anda mahu mengecilkan bayaran ansuran kereta dan rumah anda.

6. Pergi ke Pusat AKPK untuk menguruskan semula pinjaman bank kita.

7. Mengambil kursus-kursus yang disediakan untuk penganggur. Saya tidak pasti namanya tapi saya pernah lihat di TV ada jabatan khas disediakan untuk membantu para penganggur dengan kemahiran tertentu.

8. Jika anda berminat untuk berniaga, belajarlah dari peringkat asas dahulu, jangan main terjah sahaja. Boleh melawat website MECD untuk mendapatkan input keusahawanan. http://www.mecd. gov.my/

9. Mungkin anda boleh mencuba perniagaan baru seperti perniagaan internet. Ada pelbagai program yang boleh kita cari duit seperti google adsense, clickbank dan sebagainya. Anda boleh download percuma panduan .
10. Balik kampung dan usahakan tanah orang tua kita seperti menanam sayur, menternak lembu kambing dan pasarkan sendiri di Pasar Tani.Tak payah balik kampong, di Hulu Selangor masih banyak tanah yang belum dikerjakan , maka boleh pajak, sewa dan beli untuk pertanian.

11. Mengambil semula semua peluang pekerjaan yang selama ini dibolot oleh warga negara lain seperti menoreh,memotong kelapa sawit, kerja-kerja pembinaan dan sebagainya.

Sebenarnya banyak lagi cara untuk kita terus cari rezeki. Ingatlah rezeki,ajal dan maut di tangan Tuhan. Janganlah berputus asa dan sentiasa berfikiran dan bersikap positif supaya kita dapat hidup bahagia di dunia dan akhirat. Insyaallah.

No comments: