

Komen Blogger : Pertama-tama ...Pada pendapat saya tidak mengejutkan, bila pilihanraya DUN Behrang dan DUN Cangkat Jering tidak berlaku kerana media BN dan TV3 beria-ia membela 2 orang ADUN Tersebut dua tiga hari lepas.
Kedua ... SPR boleh menangguhkan atau melambat-lambatkan keputusan seolah-olah mencari pakar rujuk.
Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusuf menjelaskan dalam satu sidang akhbar di pejabatnya sekejap tadi memberi alasan, SPR tidak tidak menerima Pekara 36(5) Pelembagaan Negeri Perak mengenai berlakunya kekosongan luar jangka terhadap mana-mana kerusi DUN di negeri berkenaan.
Katanya, SPR juga dalam membuat keputuan itu telah mengkaji dari segi perundangan dan meragui akan surat perletakan jawatan kedua Adun berkenaan seperti mana dikemukakan Speaker DUN Perak V Sivakumar kepada SPR.
Penolakan itu menunjukkan SPR tidak memperakui surat dan penjelasan dari Speaker DUN Perak.
Keputusan SPR itu tentu mengejutkan banyak pihak dan menyalahi apa yang berlaku sebelum ini. Ia juga bertentangan dengan pandangan bekas Pengerusi SPR Abdul Rashid Ahmad yang berpendapat pilihan raya mesti diadakan apabila speaker memaklumkan mengenai kekosongan sesuatu kerusi Dewan Undangan Negeri.
Apakah sudut perundangan yang dikatakan dikaji oleh SPR untuk memutuskan apa yang berlaku di Perak itu berpandukan kepada kes di Sabah itu berkenaan? Mungkin juga disebabkan untuk tidak membuang masa dan wang kerajaan menyebabkan SPR membuat keputusan itu.
Bagaimana pun satu persoalan ekoran keputusan itu ia seolah-olah tidak menghormati spekaer dan juga perlembagaan Perak! Kita tunggu perkembangan seterusnya.
No comments:
Post a Comment