Kenapa dinamakan Blogspot Ulama Pewaris Nabi ? Blog ini telah diaktifkan sejak tahun 2008 dengan berlatarbelakang memberi info tentang Islam dan politik. Blog ini sentiasa berterusan memperjuangkan memberi, menwar, memapar maklumat/info/penerangan ISLAM & politik namun Ulama Pewaris Nabi adalah menjadi idola dan perlu dijadikan ikutan dan juga sebagai sempadan kebaikan yang akan menahan atau membatas kejahatan agar tidak berterusan dan disedarkan sehingga akhirnya kebaikan akan menguasai keadaan.Nama blog ini tidak mencerminkan blogernya seorang Ulama tetapi sedang berusaha dan bercita-cita ke arah itu.Amin

pasbs2

pasbs2

pasbs baner

pasbs baner

Thursday, January 1, 2009

Tahun 2008 Adalah Tahun Cemerlang Blogger

Takkan RPK, Bakaq(penarik Beca), Kickdefella disoal siasat kalau tulisan blogger tidak mempengaruhi rakyat Malaysia..apapun fahaman ideologi parti politik blogger, sumbangan mereka dalam sepak terajang politik Malaysia diakui memberikan kesan yang cukup hebat..justeru itu marilah kita bersama2 di tahun baru Hijrah dan Masehi ini teruskan perjuangan agar apa yang kita percaya dan citakan tercapai..
antara penangan blogger tahun ini:-

1) Kesan pilihanraya umum berubah dengan drastik!
2) Skandal dan penyelewengan sesiapa saja public-figure sama ada ahli politik, korporat mahupun artis terselak!! (Soi Lek, Altantuya, saifulliwat, artis2)
3) Tersungkurnya blog menghina Islam
4) sambutan orang Islam menghargai maal Hijrah lebih baik dari tahun sebelumnya dan sambutan tahun baru masehi menurun. Cuma kalau kerajaan turut memainkan peranan kurangkan pesta2an ia akan memberi kesan yang lebih hebat lagi..

Tahun baru ini diharapkan blogger memainkan peranan dengan lebih proaktif lagi:-
1) menyampaikan ilmu
2) menghapuskan terus blog penghina Islam dengan mengambil tindakan lebih berani tampil melaporkan kepada pihak polis.
3) Meningkatkan kesedaran umat islam agar cintakan agamanya agar penderitaan Palestin turut sama dirasakan oleh kita saudaranya..bukan sekadar menangis menonton realiti tv..
4) mendidik rakyat cintakan negara dan keamanan tanpa mengira bangsa dan agama..
5) menghormati hak masing2 dan faham betul2 apa yang tercatat dalam perlembagaan persekutuan
6) Istiqamah amar maaruf nahi mungkar!!

No comments: