Kenapa dinamakan Blogspot Ulama Pewaris Nabi ? Blog ini telah diaktifkan sejak tahun 2008 dengan berlatarbelakang memberi info tentang Islam dan politik. Blog ini sentiasa berterusan memperjuangkan memberi, menwar, memapar maklumat/info/penerangan ISLAM & politik namun Ulama Pewaris Nabi adalah menjadi idola dan perlu dijadikan ikutan dan juga sebagai sempadan kebaikan yang akan menahan atau membatas kejahatan agar tidak berterusan dan disedarkan sehingga akhirnya kebaikan akan menguasai keadaan.Nama blog ini tidak mencerminkan blogernya seorang Ulama tetapi sedang berusaha dan bercita-cita ke arah itu.Amin

pasbs2

pasbs2

pasbs baner

pasbs baner

Friday, January 30, 2009

SEGERA BINA MASJID UNTUK BUKIT SENTOSA 2!

Hari ini hari Jumaat 3 Safar 1430 bersamaan 30/1/2009.Lelaki Islam yang telah baligh wajib solat Jumaat.
Wahai ahli majlis-majlis dan penyelia-penyelia DUN Batangkali, berilah sokongan agar masjid Bukit Sentosa 2 dibina dengan segera menjelang tahun 2010 Bukit Sentosa 2 dijangka akan menerima keahlian atau penduduk sekali ganda dengan adanya faktor berikut :-
1. 54 blok rmahpangsa yang rosak telah dibajetkan tahun ini dan akan dibaiki tahun 2009 ini juga.
2. Sekolah Menengah Kebangsaan Bukit Sentosa 2 yang sedang dibina berhadapan Sekolah Rendah Kebangsaann Bukit sentosa dijangka siap pada bulan Jun 2009.
3. Pertambahan peniaga yang menyewa kedai yang kosong serta tuanpunya kedai ada yang sudah berani memulakan perniagaan di Bukit Sentosa.
Kalau kita di Kuala Lumpur, masuk waktu untuk solat Jumaat adalah sekitar 1:25 tengahari.
Sekiranya bekerja di pejabat, di 12.15 tengahari kita boleh pergi ke masjid untuk solat Jumaat. Katakan kita sampai di masjid jam 12:30 tengahari, sekira kira 1 jam lagi untuk azan dikumandangkan. Di mana kita pada ketika itu?
Pergi gerai makan? Pergi gerai jual akhbar? Atau minum minum? Atau berbual kosong? Atau anda terus ambil air sembahyang dan masuk masjid?
Kita disyorkan masa yang terluang itu dipenuhkan dengan amal ibadat. Dicadangkan kita berazam untuk masuk ke dalam masjid seberapa awal yang mampu. Masuk sahaja dalam masjid, dicadangkan kita lakukan solat sunat tahiyyatul masjid.
Hari Jumaat juga elok kita minta ampun dari Allah s.w.t dengan mengucapkan astaghfirullah sebanyak mungkin. Katakan 1000 kali.
insyaAllah akan di laksanakan... maarilah sama2 kita manfaatkan keberkatan di hari Jumaat ini... semoga mendapat barakah dan keredhaan dari Allah...Amin

3 comments:

kingpahat said...

Bagus tu.

Anonymous said...

Salam,
Bagus ruang di sini, insayallah kita akan berbincang utk BS2, BS2..

Anonymous said...

Terima kasih atas komen dan membaca artikel kami