Secara tiba-tiba Adun Bota, Perak telah masuk PKR & meninggalkan UMNO! Pihak PAS Bukit Sentosa 2 mewakili PAS Hulu Selangor merakamkan ucapan tahniah kepada beliau. Y.B Khairi Jamaludin serta wakil rakyat BN yang lain turut dijemput untuk masuk ke dalam Pakatan Rakyat. Ini adalah kerana ruang & peluang adalah lebih cerah bersama dengan Pakatan Rakyat.
Utusan pula melaporkan, hanya 20 orang sahaja yang hadir daripada 28 Adun BN dalam Mesyurat UMNO, menimbulkan tanda tanya, sedangkan menurut pengetahuan Y.B Pas Idham Halim, Adun Titi Serong, Perak kebanyakan ADUN memang berada di kawasan masing-masing dan yang pastinya berada di dalam negara bukannya di luar negara.



Kita jangan rasa dah cukup dengan penyertaan terbaru Adun Bota kelmarin, kerana ramai lagi akan mengikut jejak beliau terutama 2 orang Ahli Parlimen dari MIC. Kerajaan PR akan dapat membantu dan menyokong perjuangan mereka sekiranya mereka membuat tindakan yang betul dan terus menyertai PR.
Kenyataan yang tidak bertimbang rasa dari Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Syed Hamid Albar semalam bahawa Datuk K. Devamany dan Senator T. Murugiah, kedua-duanya timbalan menteri di Jabatan Perdana Menteri, kemungkinan menghadapi tindakan jika mereka didapati melanggar undang-undang dalam kejadian pencerobohan di bilik mayat itu bagi memeriksa mayat suspek curi kereta A. Kugan yang mati semasa dalam tahanan polis.
Kenyataan Presiden MIC pula, adalah tidak penting kedua-dua timbalan menteri itu dari parti mana asalkan mereka berketurunan India "kerana MIC mewakili masyarakat India di Malaysia".
No comments:
Post a Comment