Kenapa dinamakan Blogspot Ulama Pewaris Nabi ? Blog ini telah diaktifkan sejak tahun 2008 dengan berlatarbelakang memberi info tentang Islam dan politik. Blog ini sentiasa berterusan memperjuangkan memberi, menwar, memapar maklumat/info/penerangan ISLAM & politik namun Ulama Pewaris Nabi adalah menjadi idola dan perlu dijadikan ikutan dan juga sebagai sempadan kebaikan yang akan menahan atau membatas kejahatan agar tidak berterusan dan disedarkan sehingga akhirnya kebaikan akan menguasai keadaan.Nama blog ini tidak mencerminkan blogernya seorang Ulama tetapi sedang berusaha dan bercita-cita ke arah itu.Amin

pasbs2

pasbs2

pasbs baner

pasbs baner

Sunday, January 25, 2009

ADUN BOTA (BN) MASUK PAKATAN RAKYAT (PKR)

Syukur pada Allah.Tahniah pada YB Nasarudin melakukan tindakan yang tepat dengan menyertai PKR hari ini.

PETALING JAYA: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bota di Perak, Nasarudin Hashim menyertai Parti Keadilan Rakyat (PKR) hari ini.
Ia diumumkan pada sidang media di Ibu Pejabat PKR dekat sini sebentar tadi.
Beliau merupakan ADUN pertama dari Barisan Nasional (BN) menyertai sejak 8 Mac lalu.
Nasarudin ketika mengumumkan keputusannya itu berkata, beliau bertindak sedemikian setelah mempertimbangkan kepentingan rakyat khususnya penyokong dan pengundi di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Bota.
Nasarudin, 58, berkata, beliau amat yakin dengan kepimpinan PKR yang mempunyai iltizam dan idealisme yang kuat untuk memperjuangkan hak dan kepentingan rakyat yang terdiri daripada pelbagai kaum di negara ini.
"Setelah mengambil pertimbangan terutamanya melihat perkembangan suasana politik khasnya melihat arah tuju sokongan rakyat selepas pilihan raya umum ke-12 Mac lalu serta keadaan yang wujud dalam parti dan kepimpinan Umno masa kini, saya dengan ini mengambil keputusan untuk keluar dari Umno dan seterusnya menyertai PKR iaitu salah satu parti dalam Pakatan Rakyat," katanya.
Bagaimanapun beliau belum memaklumkan keputusan itu kepada Umno dan menulis surat dalam waktu terdekat.
Dalam pilihan raya umum 8 Mac lalu, Nasaruddin menewaskan calon PKR, Usaili Alias dengan majoriti 2,068 undi.
Nasarudin dari Umno memperoleh 6,556 undi.
Perak kini dietrajui Pakatan Rakyat dengan menguasai 31 kerusi Dewan Undangan Negeri manakala Barisan Nasional (BN) pula 28 kerusi. - mStar

No comments: