Kenapa dinamakan Blogspot Ulama Pewaris Nabi ? Blog ini telah diaktifkan sejak tahun 2008 dengan berlatarbelakang memberi info tentang Islam dan politik. Blog ini sentiasa berterusan memperjuangkan memberi, menwar, memapar maklumat/info/penerangan ISLAM & politik namun Ulama Pewaris Nabi adalah menjadi idola dan perlu dijadikan ikutan dan juga sebagai sempadan kebaikan yang akan menahan atau membatas kejahatan agar tidak berterusan dan disedarkan sehingga akhirnya kebaikan akan menguasai keadaan.Nama blog ini tidak mencerminkan blogernya seorang Ulama tetapi sedang berusaha dan bercita-cita ke arah itu.Amin

pasbs2

pasbs2

pasbs baner

pasbs baner

Sunday, January 25, 2009

ADAKAN LATIHAN KEMANUSIAAN TIDAK ADA DALAM POLIS DAN TENTERA MALAYSIA?


Komen blogger : Kita tidak boleh kesihan dan kompromi dengan orang yang membuang anak , walau mereka ada masalah atau kesusahan sekalipun.Media perlu tunjukkan kesalahan begitu amat kejam,hina dan tidak perikemanusiaan.Kalau tak perkemanusiaan bermakna apa?Takkan tak faham!
Ini pula terjadi pada manusia yang telah dilatih dengan didiplin yang tinggi dan tegas.Sebenar, apa yang diajarkan oleh jurulatih tentera Malaysia selama ini?

KUALA LUMPUR - Seorang anggota tentera berpangkat koperal mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret Ampang, dekat sini hari ini atas tuduhan membuang bayi perempuannya yang berusia enam bulan di dalam tong sampah di sebuah Stesen Transit Aliran Ringan (LRT).

Tertuduh, Nor Affendy Rahman, 33, dituduh membuang Fasya Idriena di dalam tong sampah di tepi stesen LRT Setiawangsa, Ampang Jaya, dekat sini kira-kira pukul 4 pagi, 19 Januari lalu.

Dia yang masih bertugas di Markas Kejuruteraan Peluru, Padang Tembak, didakwa di bawah Seksyen 317 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum tujuh tahun atau denda atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dikendalikan oleh pegawai pendakwa, Asisten Supritendan Dr. A. Vasu yang menawarkan jaminan RM10,000 terhadap tertuduh dengan seorang penjamin.

Vasu turut memohon mahkamah mengeluarkan perintah supaya tertuduh tidak boleh menghampiri anak dan isterinya kerana dia dikatakan selalu menggunakan kekerasan terhadap mereka.

Bapa tertuduh yang hadir sebagai penjamin bagaimanapun memohon supaya jumlah ikat jamin dikurangkan.

Majistret Azaraorni Abd. Rahman membenarkan tertuduh diikat jamin RM8,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 21 April ini untuk sebutan lantik peguam.

Isteri tertuduh turut hadir di mahkamah. Pasangan suami isteri tersebut mempunyai dua anak lain dan mangsa merupakan anak bongsu mereka.

Memetik laporan akhbar, kejadian itu berlaku ketika pasangan tersebut dikatakan bergaduh di stesen LRT Setiawangsa selepas memberhentikan kereta di situ.

Nor Affendy kemudian didakwa bertindak membuang bayinya sementara isterinya yang merupakan seorang jururawat, menjerit dan cuba mengambil bayinya semula.

Tertuduh bagaimanapun didakwa terus memecut kenderaannya selepas meninggalkan anaknya di dalam tong sampah.

Bayi tersebut dijumpai oleh seorang pengawal keselamatan, Hairul Azwan Hamid, 29, yang kemudian membuat aduan kepada pihak polis setelah mendapati bayi itu sedang menangis.

Bayi tersebut kini diletak di bawah jagaan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).

No comments: