
KENYATAAN AKHBAR DATUK ZAID IBRAHIM
Kuala Lumpur, 4 Disember, 2008 – Mantan Menteri Undang-undang (de facto) YBhg Datuk Zaid Ibrahim telah dipecat daripada UMNO pada Selasa malam (3 Disember 2008), kerana dikatakan telah melanggar kod etika parti. Beliau telah hadir di Kongres PKR, dan juga Majlis makan malam DAP di Pulau Pinang, hujung minggu lepas.
Antaranya Datuk Zaid Ibrahim menegaskan beliau tidak terperanjat dengan tindakan yang diambil oleh UMNO, tetapi mempertikaikan cara keputusan itu dibuat. “Saya tidak diberi peluang untuk didengar malah saya juga tidak tahu mengenai sebarang kesalahan yang telah saya lakukan. Saya tidak menghadiri majlis makan malam DAP ataupun kongres PKR untuk memprovokasi sesiapa. Saya sekadar hendak mendengar atas jemputan rakan-rakan. Tetapi itulah sikap UMNO. Ia melihat provokasi dan musuh dimana-mana. Ia tidak peduli mengenai keadilan asasi.” Beliau tidak akan membuat rayuan di mahkamah, kerana bagi beliau itu sekadar kemenangan tanpa makna.
No comments:
Post a Comment