Majlis Perasmian Publisiti Dan Penyertaan Awam Rancangan Kawasan Khas Bandar KKB - Warisan Bandar Taman telah disempurnakan oleh YB Shaari Sungib ADUN Hulu Kelang dengan konsep Pakatan Rakyat.
Majlis tersebut telah berlangsung hari ini 15 Disember 2008 ,jam 9 pagi di Dewan Serbaguna dan Kompleks Sukan KKB. Majlis ini telah dirasmikan oleh wakil Y.B Tuan Ir. Iskandar bin Abdul Samad , Pengerusi Jawatankuasa Tetap Perumahan, Pengerusan Bangunan dan Setinggan iaitu YB Shaari Sungib.Majlis dihadiri orang-ramai di sekitar Kuala Kubu dan Hulu Selangor. Dan dibantu jaya oleh Yang Dipertua Majlis Daerah Hulu Selangor, Ketua Jabatan Perancang Bandar dan Desa Semenanjung dan ahli-ahli majlis daerah. Dijemput hadir.YB menegaskan walaupun perancangan telah dimulakan sejak tahun 2007 namun beliau berterima kasih pada MDHS memberi peluang dan ruang pada orang-ramai terutama penduduk Hulu Selangor memberi pandangan dan komen membina agar RKK (Rancangan Kawsan Khas) ini terus berjaya. Beliau juga cita-cita PR sebagai pemerintah Negeri Selangor sentiasa mengingatkan agar arahan keselamatan supaya kes seperti Higland Tower dan Bukit Antarabangsa dan Ulu Yam dapat dielakkan.Beliau juga berharap projek ini akan dapat memberi sumbangan dalam merakyatkan ekonomi keseluruhan.
Peringatan seluruh penduduk di Hulu Selangor dan khasnya di Bukit Sentosa : Semua harus ambil peluang memberi cadangan , komen,bantahan ke atas projek 8 tahun ini dari 2007 - 2015.Rakyat boleh mendapat maklumat dari laman web MDHS atau di ruang legar MDHS. Peluang dan ruang diberi dari 15/12/2008 hingga 15/1/2009
Kenapa dinamakan Blogspot Ulama Pewaris Nabi ? Blog ini telah diaktifkan sejak tahun 2008 dengan berlatarbelakang memberi info tentang Islam dan politik. Blog ini sentiasa berterusan memperjuangkan memberi, menwar, memapar maklumat/info/penerangan ISLAM & politik namun Ulama Pewaris Nabi adalah menjadi idola dan perlu dijadikan ikutan dan juga sebagai sempadan kebaikan yang akan menahan atau membatas kejahatan agar tidak berterusan dan disedarkan sehingga akhirnya kebaikan akan menguasai keadaan.Nama blog ini tidak mencerminkan blogernya seorang Ulama tetapi sedang berusaha dan bercita-cita ke arah itu.Amin
No comments:
Post a Comment