Kenapa dinamakan Blogspot Ulama Pewaris Nabi ? Blog ini telah diaktifkan sejak tahun 2008 dengan berlatarbelakang memberi info tentang Islam dan politik. Blog ini sentiasa berterusan memperjuangkan memberi, menwar, memapar maklumat/info/penerangan ISLAM & politik namun Ulama Pewaris Nabi adalah menjadi idola dan perlu dijadikan ikutan dan juga sebagai sempadan kebaikan yang akan menahan atau membatas kejahatan agar tidak berterusan dan disedarkan sehingga akhirnya kebaikan akan menguasai keadaan.Nama blog ini tidak mencerminkan blogernya seorang Ulama tetapi sedang berusaha dan bercita-cita ke arah itu.Amin

pasbs2

pasbs2

pasbs baner

pasbs baner

Tuesday, December 30, 2008

Ulamak /Mufti Perak mendapat pengiktirafan .


Tahniah dan Takbir diucapkan kepada penerima Tokoh Maal Hijrah 1430 kepada Mufti Negeri Perak, YBhg S.S Dato' Seri Hj. Harussani b. Zakaria.Anak kelahiran Perak di Parit Buntar. Semoga jejak langkah dan ketokohan beliau dicontohi dan menjadi ikutan dan peransang kepada kita semua terutama umat Islam di Malaysia. Kelantangan dan keberanian S.S Dato' Seri Dr. Harussani Zakaria dalam mengeluarkan fatwa sangat menarik minat saya serta ilmu yang beliau miliki. Bicara beliau dalam lembut ada ketegasan.Ramai orang dan pihak ilmuan kagum dengan profil dan peribadi tokoh Maal Hijrah kali ini. Sesungguhnya mereka merupakan ulama' yang saya kagumi dan contohi sejak dahulu lagi.

1 comment:

Unknown said...

saya pun turut bangga, sebab saya pun asal dari sebelah datuk harussani..