Situasi UMNO dan BN hari ini semakin tenat. Belum selesai masalah dalaman dan politik wang, masalah yang melibatkan pemilihan UMNO yang akan berlangsung Mac 2009, kini timbul pula masalah baru. UMNO di tekan oleh ahli sendiri dan komponen dalam Barisan Nasional.
Terbaru Arif Shah yang pernah berentap dengan Anwar Ibrahim di Permatang Pauh di katakan berkira-kira untuk meninggalkan UMNO dan menyertai PKR. Dia mendakwa dipinggirkan oleh Ketua UMNO bahagian Permatang Pauh, Datuk Abdul Jalil Abdul Majid.
Datuk Abdul Jalil Abdul Majid pula meminta Ahli Dewan Undangan Negeri kawasan Seberang Jaya, Datuk Arif Shah Omar Shah, supaya tidak menjadikan dirinya dan Umno Permatang Pauh sebagai penyebab atau alasan untuk beliau menyertai pembangkang.
“Kalau rasa hendak meninggalkan parti ini, pergi sajalah. Jangan tuduh kami sebagai punca atau penyebabnya,” katanya pada satu sidang akhbar bagi mengulas kenyataan Arif Shah yang mendakwa kononnya beliau disisihkan oleh bahagian itu dan tidak diberi peranan sedangkan beliau adalah satusatunya wakil Umno dan Barisan Nasional (BN) yang menang pada pilihan raya umum dalam kawasan Parlimen Permatang Pauh pada Mac lepas.
Yang terbaru Zaid bekas Menteri Undang-undang di pecat oleh UMNO kerana menghadiri jemputan Kongres PKR.
Kenapa dinamakan Blogspot Ulama Pewaris Nabi ? Blog ini telah diaktifkan sejak tahun 2008 dengan berlatarbelakang memberi info tentang Islam dan politik. Blog ini sentiasa berterusan memperjuangkan memberi, menwar, memapar maklumat/info/penerangan ISLAM & politik namun Ulama Pewaris Nabi adalah menjadi idola dan perlu dijadikan ikutan dan juga sebagai sempadan kebaikan yang akan menahan atau membatas kejahatan agar tidak berterusan dan disedarkan sehingga akhirnya kebaikan akan menguasai keadaan.Nama blog ini tidak mencerminkan blogernya seorang Ulama tetapi sedang berusaha dan bercita-cita ke arah itu.Amin
No comments:
Post a Comment