Kenapa dinamakan Blogspot Ulama Pewaris Nabi ? Blog ini telah diaktifkan sejak tahun 2008 dengan berlatarbelakang memberi info tentang Islam dan politik. Blog ini sentiasa berterusan memperjuangkan memberi, menwar, memapar maklumat/info/penerangan ISLAM & politik namun Ulama Pewaris Nabi adalah menjadi idola dan perlu dijadikan ikutan dan juga sebagai sempadan kebaikan yang akan menahan atau membatas kejahatan agar tidak berterusan dan disedarkan sehingga akhirnya kebaikan akan menguasai keadaan.Nama blog ini tidak mencerminkan blogernya seorang Ulama tetapi sedang berusaha dan bercita-cita ke arah itu.Amin

pasbs2

pasbs2

pasbs baner

pasbs baner

Monday, December 29, 2008

Di mana Obama yang prihatin???




Rakyat Malaysia khususnya dan rakyat dunia amnya yang sedar dan belum sedar disarankan mengutuk sekeras-kerasnya dan mengecam tindakan biadap Israel yang melancarkan kira-kira 30 peluru berpandu melalui pesawat pejuang semalam, mengakibatkan kira-kira 229 terbunuh manakala lebih 300 lagi cedera. Iklan
Setiausaha Agung PAS Dato' Kamaruddin Jaffar berkata sikap zalim itu membuktikan bahawa Israel merupakan pengganas dunia yang sebenarnya dan bukan gerakan-gerakan Islam yang dilabel seumpamanya.

"Kita merasa sedih dan kecewa apabila umat Islam yang tidak berdosa terbunuh dan selama 60 tahun konflik Palestin, tidak ada banyak yang berubah malah lebih banyak yang terkorban.

"Ini satu kegagalan nyata dasar yang dilaksanakan oleh Bush dan Blair (Presiden Amerika dan bekas Perdana Menteri Britain) yang memberi keuntungan kepada Israel tetapi memusnah masa depan umat Islam Palestin malah negera-negara lain seperti Iraq dan Afganistan." tegas beliau ketika menghubungi Harakahdaily sebentar tadi.

PAS katanya mahu Persidangan Negara-negara Islam (OIC) bertindak segera malah bersatu mendepani 'musuh' utama yang perlu dihukum dan dilakukan tindakan drastik supaya nasib umat Islam dan penduduk Palestin terbela dan mencapaikan kemerdekaan sewajarnya.

"Jangan OIC bersikap tunggu dan lihat sahaja. Jadikan ini sebagai kemuncak dan nokhtah bahawa kita tidak boleh diperkotak-katikkan dan kita beri pengajaran kepada mereka," katanya yang juga Ahli Parlimen Tumpat.

Antara yang terbunuh ialah ketua polis Gaza, Mejar Jeneral Tawfiq Jabber.

Sejurus selepas serangan itu, Hamas dan puak-puak Palestin lain mengisytiharkan, mereka telah mengarahkan pejuang masing-masing supaya menuntut bela terhadap keganasan rejim Yahudi itu.

"Semua pejuang diarah bertindak balas terhadap pembunuhan beramai-ramai yang dilakukan oleh Israel," menurut kenyataan Hamas, Jihad Islam dan puak bersenjata lain yang dipetik daripada agensi berita.

1 comment:

Anonymous said...

Apa kita nak harap obama, OIC yang kita harapkan hanya lihat sahaja,Oh I See, dan mereka ini semua jadi barua US jer.