

Blogger berminat mengulas tentang harga minyak yang masih mahal sebagai negara pengeluar.Kebanyakan orang dah pun tahu keadaan ni. Cuma yang mengecewakan adalah langkah kerajaan yang tergopoh-gapah menaikan harga minyak sehingga menyebabkan harga barang dan perkhidmatan turut melambung.Kenaikan tertinggi yang dilakukan oleh PM terbersih anak cucu seorang ulamak terkenal telah menghancurkan kebahagiaan rakyat Malaysia.Bayangkan beliau telah menaikkan harga tertinggi 2 kali iaitu 30 sen dan 78 sen.Dalam gaya cakap orang Cina 'kau kau Pak Lah kenakan rakyat Malaysia dengan kesan kenaikan barang yang terlalu mengejut mengalahkan Dr Mahathir.
Dakwaan harga minyak tak boleh diturunkan di Malaysia merupakan hujah lapok yang tak boleh dipakai lagi. Hakikatnya hari ni, harganya boleh dikurangkan. Jadi, sapa kata tak boleh? Masih ingat lagi TPM pernah berkata gila lah negara yang menurunkan harga minyak? Ini saja je nak menakut-nakutkan rakyat. Bagi alasan macam-macam kononnya negara akan muflis bila harga minyak turun.
No comments:
Post a Comment