
KUANTAN - Sebelum ini MB Pahang disaman mahkamah sebanyak RM60 juta dari syarikat pembalakan Seruan Gemilang Makmur Sdn.Bhd masih belum dilunaskan. Kini salah sebuah syarikat yang juga mungkin ada kaitan dengan kerajaan negeri pula berhutang sebanyak RM40 juta. Adakah rakyat Pahang khasnya dan umumnya rakyat Malaysia tidak sedar lagi perkara ini?
Berita yang amat mengejutkan berlaku di mana Astana Golf & Country Club Kuantan telah disita semalam. Ia berikutan kegagalan pihak pengurusan terbabit untuk melunaskan hutang berjumlah RM40 juta kepada Agro Bank Sdn.Bhd. Menurut maklumat semua pekerja tidak dimaklumkan akan hal ini, namun semua kegiatan telah dihentikan. Kami difahamkan bahawa semua pekerja terbabit akan mengadakan "piket" esok dihadapan pintu masuk ke lokasi terbabit. Jika benar laporan ini, maka ia bukanlah satu fitnah semata-mata seperti yang dikatakan oleh puak-puak "Cyber Trooper UMNO" terhadap Pahang Daily Online selama ini. Kami amat terkejut dengan perkara ini. Sememangnya kawasan tersebut begitu eksklusif dan amat menarik. Bagaimana mereka gagal membayar hutang sebanyak itu?. RM40 juta bukannya jumlah yang sedikit. Jika lokasi tersebut disita, ini bermakna ia akan memberi impak yang negatif kepada para pelancong untun datang ke Pahang selepas ini. Aspek pelancongan harus diambil kira, tambahan pula Astana Golf & Country Club Kuantan adalah salah satu pusat pelancongan rekreasi dan merupakan antara kelab golf yang terunggul di bandar Kuantan.
Justeru itu, pihak BPR diminta menyiasat perkara ini supaya mereka yang bersalah dibawa ke muka pengadilan. Begitu juga untuk negeri Pahang ini, banyak ketirisan yang berlaku dalam pentadbiran kerajaan negeri. Maka itulah Pahang gagal mendapat keuntungan biarpun sudah 11 tahun Adnan Yaakob menjadi Menteri Besar.
Komen : Dalam menyiarkan berita tentang angka juta dan billion perlu ditaip penuh supaya ramai rakyat Malaysia mudah faham. Saya rasa masih ramai rakyat Malaysia menganggap nilai juta lebih banyak dari billion sebab tu bila kes Valuecap RM5 Billion berlaku, respon rakyat kurang tercabar.Dengan itu saya menggalakkan kita menap penuh milai angka billion lain kali. Contoh RM5 billion bersamaan RM5,000,000,000.00 manakalan RM5juta bersamaan RM5,000,000.00
No comments:
Post a Comment