Adakah kita ini tidak patriotik jika kita lebih gemar makan nasi buatan Thailand berbanding beras keluaran tempatan?
Adakah kita tidak patriotik kerana gemar makan McDonalds, Burger King, Carl's Jr, Wendy's berbanding makan Ramly Burger?
Adakah kita tidak patriotik kerana menggunakan Shell, BHP dan sebagainya berbanding Petronas?
Jika anda tanya kebanyakkan pengguna kereta buatan tempatan, rata-rata akan mengatakan bahawa ianya menjadi pilihan utama kerana harganya yang "lebih rendah" berbanding kereta import. Saya gunakan perkataan "lebih rendah" berbanding murah kerana kereta tempatan hakikatnya kereta kita sebenarnya tidak semurah yang anda sangkakan.
Dasar kerajaan yang mengenakan cukai berlipat ganda kepada kenderaan import bertujuan bagi mengurangkan aliran matawang keluar dari Malaysia. Malah, ini sendiri diakui oleh Tun Mahathir. Namun begitu, ia juga turut menyebabkan syarikat Proton hilang daya saing dengan syarikat pengeluar kenderaan asing.
Saya sebenarnya tidak menentang dasar ini kerana ia boleh membantu menjana pendapatan kepada negara tetapi apa yang saya tidak setuju adalah jika kualiti kenderaan buatan Malaysia tidak mencapai tahap yang memuaskan kerana Proton berasa sentiasa "selamat" kerana sentiasa dipelihara di bawah dasar kerajaan tersebut.
Dalam artikel di atas, kerajaan negeri Perak mempunyai asas yang kukuh mengapa mereka ingin menukar dari Proton Perdana kepada Toyota Camry. Jika kos penyelenggaraan begitu tinggi dan seringkali mengalami kerosakan, tidakkah ianya merugikan wang kerajaan negeri untuk jangka masa panjang?
Kenapa dinamakan Blogspot Ulama Pewaris Nabi ? Blog ini telah diaktifkan sejak tahun 2008 dengan berlatarbelakang memberi info tentang Islam dan politik. Blog ini sentiasa berterusan memperjuangkan memberi, menwar, memapar maklumat/info/penerangan ISLAM & politik namun Ulama Pewaris Nabi adalah menjadi idola dan perlu dijadikan ikutan dan juga sebagai sempadan kebaikan yang akan menahan atau membatas kejahatan agar tidak berterusan dan disedarkan sehingga akhirnya kebaikan akan menguasai keadaan.Nama blog ini tidak mencerminkan blogernya seorang Ulama tetapi sedang berusaha dan bercita-cita ke arah itu.Amin
pasbs2
pasbs baner
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
2 comments:
Takbir : Adakah nilai kebendaan begitu ukuran kepada kecintaan pada negara. Apa yg di zahirkan di media hari ini semakin memualkan.....tahniah kerajaan Perak.Kedah.....
Dan betul kata saudara : tak siapa pun nak komen bila MB Terangganu tukar kereta....
Yang benar tetap benar , suatu harai akan muncul kebenaran samada cepat atau lambat
Post a Comment