

Pakatan Rakyat di seru jangan layan IA (Ibrahim Ali)
Pagi tadi di Astro Awani untuk rakaman "Perspektif Kita". membicarakan isu "Sekolah Wawasan" ialah Ahli Parlimen Pasir Mas, Dato' Ibrahim Ali dan blogger tersohor, Dato' Ruhanie Ahmad.
Sewaktu makan tengah hari selepas rakaman rancangan tersebut, kami berbicara soal pilihanraya kecil P36 Kuala Terengganu.
Dengan penuh kenyakinan, Ibrahim Ali mengisytiharkan "BN kena menang dan akan menang dalam pilihanraya kecil Kuala Terengganu".
Beliau berkata, banyak isu-isu besar yang menyebabkan rakyat menolak BN dalam PRU12 telah diatasi. Selain itu, pengundi atas pagar dan penyokong UMNO yang mengundi PAS dan PKR dalam pilihanraya dulu sudah kembali kepada UMNO. Puncanya ialah mereka tidak yakin kepada kemampuan PAS untuk menjaga kepentingan Melayu-Islam, hujah Ibrahim Ali.
Katanya lagi, kegagalan Dato Seri Anwar Ibrahim membentuk kerajaan pada 16 September juga menyebabkan rakyat sedikit-sebanyak hilang keyakinan kepada Pakatan Rakyat.
No comments:
Post a Comment