Kenapa dinamakan Blogspot Ulama Pewaris Nabi ? Blog ini telah diaktifkan sejak tahun 2008 dengan berlatarbelakang memberi info tentang Islam dan politik. Blog ini sentiasa berterusan memperjuangkan memberi, menwar, memapar maklumat/info/penerangan ISLAM & politik namun Ulama Pewaris Nabi adalah menjadi idola dan perlu dijadikan ikutan dan juga sebagai sempadan kebaikan yang akan menahan atau membatas kejahatan agar tidak berterusan dan disedarkan sehingga akhirnya kebaikan akan menguasai keadaan.Nama blog ini tidak mencerminkan blogernya seorang Ulama tetapi sedang berusaha dan bercita-cita ke arah itu.Amin

pasbs2

pasbs2

pasbs baner

pasbs baner

Saturday, December 20, 2008

HABIS LAH KALAU POLIS KATA MEREKA TIADA KUASA!


MEMERANJATKAN ! Ketua Polis Negara Tan Sri Musa Hassan hari ini berkata polis tidak dapat mengambil tindakan terhadap Ayah Pin setelah Jabatan Agama Islam Negeri Terengganu memaklumkan kepada polis untuk tidak menahannya. "Apabila dirujuk kepada Jabatan Agama Islam Negeri Terengganu sama ada untuk menahannya, jabatan berkenaan mengatakan tidak perlu," kata Musa Hassan. sumber:malaysiakini:92993.
Manakala Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu (JHEAT) pula menjelaskan bahawa pihaknya tidak pernah mengeluarkan sebarang arahan rasmi kepada pihak polis supaya jangan menahan Ayah Pin yang dikesan pulang ke negara ini, dari Selatan Thai, baru-baru ini. Sehubungan itu, JHEAT berkata, pihaknya tidak tahu menahu mengenai laporan yang mengatakan jabatan tersebut tidak membenarkan polis menahan Ayah Pin. sumber:malaysiakini:92991.
Sementara itu Menteri Besar Terengganu, Datuk Ahmad Said hari ini membidas Jabatan Hal Ehwal Agama Negeri Terengganu (JHEAT) yang disifatkannya tidak proaktif dan lemah dalam bertindak.

"Kenyataan di atas menimbulkan polimik di kalangan masyarakat berkaitan dengan pihak-pihak berwajib menangani isu yang melibatkan kesongsangan agama Islam di negara ini. Dua pihak berwajib yang menangani isu Ayah Pin ini mempunyai kuasa dan diberi kuasa yang cukup untuk bertindak. Namun hal ini tidak dapat dilakukan atas sebab2 dua kuasa yang berbeza tetapi mempunyai matlamat yang sama iaitu 'membanteras'. Sekiranya kedua2 pihak ini saling bekerjasama, masalah isu Ayah Pin sudah lama berakhir."
PAS Bukit Sentosa: Dalam hal ini, kita bukan nak mempersoalkan kuasa yang ada pada PDRM.Tapi memang nak komen pun , dulu punya haru dan kecoh sampai ada istihar keluar dari Islam kerana nak lepas dari hukuman.Jadi kesimpulannya polis sepatutnya boleh bertindak mengatasi kuasa JHEAT serta bertepatan dengan lambang yang ada pada pihak polis itu sendiri iaitu "sentiasa menjunjung tinggi kesucian Islam dan kebesaran Allah".
Kita imbas sebahagian maksud yang ada pada lambang PDRM.

Maksud Bulan dan BintangBulan dan Bintang melambangkan Islam sebagai agama rasmi negara ini.

Maksud Mahkota
Mahkota melambangkan yang pasukan Polis Diraja Malaysia sentiasa menjunjung tinggi kesucian Islam dan kebesaran Allah, serta merupakan satu sanjungan kepada Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong diatas pengurniaan gelaran "Diraja" kepada pasukan. Perkataan Allah dan Muhammad melambangkan Tuhan Yang Maha Esa dan Rasulullah sebagai pesuruh-Nya, juga melambangkan Islam sebagai agama rasmi negara dan keimanan dalam pasukan PDRM yang sanggup berjuang demi menegakkan maruah negara, bangsa dan agama Islam serta sanggup berkorban diri.

No comments: