Kenapa dinamakan Blogspot Ulama Pewaris Nabi ? Blog ini telah diaktifkan sejak tahun 2008 dengan berlatarbelakang memberi info tentang Islam dan politik. Blog ini sentiasa berterusan memperjuangkan memberi, menwar, memapar maklumat/info/penerangan ISLAM & politik namun Ulama Pewaris Nabi adalah menjadi idola dan perlu dijadikan ikutan dan juga sebagai sempadan kebaikan yang akan menahan atau membatas kejahatan agar tidak berterusan dan disedarkan sehingga akhirnya kebaikan akan menguasai keadaan.Nama blog ini tidak mencerminkan blogernya seorang Ulama tetapi sedang berusaha dan bercita-cita ke arah itu.Amin

pasbs2

pasbs2

pasbs baner

pasbs baner

Monday, December 29, 2008

DAH MULA DAH ! 75 PENGUNDI UMUR LEBIH 100 TAHUN ?


KUALA TERENGGANU - Seramai 75 orang berumur lebih 100 tahun didapati termasuk dalam senarai semak daftar pemilih yang akan digunakan pada pilihan raya kecil P.36 Parlimen Kuala Terengganu 17 Januari ini.

Setiausaha Persatuan Anak-anak Terengganu di Perantauan (Perantau), Mohd Suhaimi Embong berkata, daripada 80,229 orang yang didaftarkan sebagai pemilih terdapat kira-kira 75 nama pengundi yang berusia lebih 100 tahun.

"Perantau mendapati sebanyak 75 nama pengundi yang berusia lebih 100 tahun, termasuk mereka yang berumur 116 tahun," katanya kepada Harakahdaily.

Beliau turut mendakwa sebanyak 302 orang yang berumur lebih 90 tahun, manakala 1,308 orang pula di kalangan mereka yang berumur lebih 80 tahun.

"Kebanyakan mereka itu telah meninggal dunia tetapi masih tidak dikeluarkan daripada data senarai pemilih yang terkini atau dengan kata lain data Suruhanjaya Pilihan Raya sangat tidak bersih.

"Malah banyak kesalahan yang disengajakan untuk membenarkan 'hantu' berkumpul," katanya lagi.

Oleh itu, pihaknya menggesa SPR mengambil tindakan untuk segera mengemaskinikan senarai semak daftar pemilih terbabit.

"Perantau mendesak SPR agar segera membersihkan daftar pemilih sebelum disahkan untuk kegunaan pada pilihan raya kecil ini," ujarnya

Pada masa sama, kebimbangan beliau ini akan disertai dengan tindakan pemantauan di kalangan jentera pilihan raya semua peringkat bagi memastikan tiada ralat yang disengajakan berlaku untuk memenangkan pihak tertentu pada 17 Januari ini

1 comment:

Anonymous said...

mana nama-nama yang telah dikenal pasti tu, harap PAS ambil tindakan segera, dengan mengesan orangnya pula dan jika tiada buat bantahan segera, dan pastikan petugas dimaklumkan nama-nama tersebut pada setiap peti undi,