Kenapa dinamakan Blogspot Ulama Pewaris Nabi ? Blog ini telah diaktifkan sejak tahun 2008 dengan berlatarbelakang memberi info tentang Islam dan politik. Blog ini sentiasa berterusan memperjuangkan memberi, menwar, memapar maklumat/info/penerangan ISLAM & politik namun Ulama Pewaris Nabi adalah menjadi idola dan perlu dijadikan ikutan dan juga sebagai sempadan kebaikan yang akan menahan atau membatas kejahatan agar tidak berterusan dan disedarkan sehingga akhirnya kebaikan akan menguasai keadaan.Nama blog ini tidak mencerminkan blogernya seorang Ulama tetapi sedang berusaha dan bercita-cita ke arah itu.Amin

pasbs2

pasbs2

pasbs baner

pasbs baner

Tuesday, December 2, 2008

BAGUSNYA ADUN HULU KELANG !


KURANG 48 jam selepas kisah pasangan warga emas bersama dua cucunya yang ketiadaan tempat tinggal dan tumpang berteduh di birai bengkel kimpalan besi dipostingkan dalam blog ini, nasib pasangan berkenaan dan cucunya mendapat perhatian dan pembelaan.
Hari ini dan malam ini pasangan berkenaan dan cucunya tidak lagi akan berembun dan kesejukan ditiup angin kerana mereka sudah dipindah ke penempatan baru.
Saya mengunjungi ke bengkel yang menjadi sarang sementara pasangan berkenaan lewat petang ini didapati mereka sudah tiada. Semua barangan mereka yang dibungkus dalam plastik dan sebuah tv usang juga tiada.
Menurut salah seorang pekerja bengkel bersebelah bengkel tempat pasangan dan cucunya itu tumpangi, Wakil Rakyat Ulu kelang atau wakilnya sudah memindahkan pasangan berkenaan ke sebuah rumah.
Menurut pekerja itu beliau tidak pasti di mana penempatan baru itu disediakan tetapi menyebut ianya di Taman Permata. Menurut pekerja itu Wakil Rakyat berkenaan juga turut hadir sama mengangkut barangan pasangan berkenaan.
Apakah pasangan berkenaan Sarif Niat, 71 dan Siti Ramlah Yaacob, 57 bersama cucunya Mohd Zulkeranian, 8 dan Siti Amira, 5 ditempatkan di Pusat Khidmat Masyarakat Adun berkenaan sementara mendapat penempatan baru, tidak dapat dipastikan.
Apa yang hendak dicatatkan di sini selepas kisah malang pasangan bersama cucu itu disiarkan dalam blog ini ianya telah mendapat perhatian ramai penjenguk blog ini. Masing-masing menytatakan kesal dan sedih atas nasib rakyat marhaen itu. Ada yang bukan sekadar melahirkan rasa sedih namun ada yang sedia menghulurkan bantuan kewangan.
Saya secara peribadi saya mengucapkan syabas dan tahniah atas tindakan pantas dan rasa kepedulian yang tinggi dari pejabat Adun berkenaan. Sesungguhnya wakil rakyat yang demikianlah yang diingini oleh rakyat agar senantiasa peka kepada nasib dan permasalahan mereka.

1 comment:

Anonymous said...

Tahniah atas daya usaha yang ditunjukkan, semoga Allah memberikan lebih banyak ruang dan peluang untuk kita meningkatkan dakwah dan amalan.....

Herman Samsudeen
Pemuda PAS Wilayah