Kenapa dinamakan Blogspot Ulama Pewaris Nabi ? Blog ini telah diaktifkan sejak tahun 2008 dengan berlatarbelakang memberi info tentang Islam dan politik. Blog ini sentiasa berterusan memperjuangkan memberi, menwar, memapar maklumat/info/penerangan ISLAM & politik namun Ulama Pewaris Nabi adalah menjadi idola dan perlu dijadikan ikutan dan juga sebagai sempadan kebaikan yang akan menahan atau membatas kejahatan agar tidak berterusan dan disedarkan sehingga akhirnya kebaikan akan menguasai keadaan.Nama blog ini tidak mencerminkan blogernya seorang Ulama tetapi sedang berusaha dan bercita-cita ke arah itu.Amin
pasbs2
pasbs baner
Saturday, December 6, 2008
Abang Mat Sabu Tak Kisah Kalau Tak Terpilih
Mohd Sabu bukanlah ulamak atau ustaz atau peguam atau teknokrat serta ahli perniagaan ataupun jutawan, tapi dia juga bukan bekas atau mantan mana-mana parti politik. Ertinya, dia adalah manusia yang betul-betul serius berjuang di dalam gerakan Islam berbekalkan keyakinan, kesetiaan dan keberanian yang tiada taranya.
Mungkin beliau satu-satunya, pejuang yang tidak punya apa-apa, tapi beliau mempunyai nama yang cukup besar, sebesar perjuangannya. Perjuangannya tidak kenal penat lelah, tidak kenal jemu atau bosan, tidak kenal rehat atau berundur."
Walaupun nama calun belum diputuskan secara rasmi oleh kedua-dua pehak, PAS dan pakatan rakyat tetap dengan tokoh dan pejuang rakyat yang tertindas Sdr. Haji Muhammad Sabu atau panggilan popular dikalangan penyokong dan peminat di Malaysia Abang Mat Sabu.
Beliau tidak kisah diletakkan calon dimana-mana sahaja. Itulah pejuang Islam Mat Sabu.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 comment:
Sekarang masaalah air diTaman Kesumba masih tak selesai . Tak boleh nak harapkan Adun BN lagi.PKR/PAS kena buat kerja terutama yang jadi ahli Majlis. Perkara ni dah masuk paper PKR tak jenguk pun, ADUN BN ade la tunjuk muka . Tapi sekarang rakyat nak tengok wakil dari pihak pemerintah datang selesaikan. Tolong jangan tunggu 4 tahun baru nak buat kerja.
TOLONG SAUDARA-SAUDARA TEMPAT KITA YANG KESUSAHAN TIADA AIR
Post a Comment