Kenapa dinamakan Blogspot Ulama Pewaris Nabi ? Blog ini telah diaktifkan sejak tahun 2008 dengan berlatarbelakang memberi info tentang Islam dan politik. Blog ini sentiasa berterusan memperjuangkan memberi, menwar, memapar maklumat/info/penerangan ISLAM & politik namun Ulama Pewaris Nabi adalah menjadi idola dan perlu dijadikan ikutan dan juga sebagai sempadan kebaikan yang akan menahan atau membatas kejahatan agar tidak berterusan dan disedarkan sehingga akhirnya kebaikan akan menguasai keadaan.Nama blog ini tidak mencerminkan blogernya seorang Ulama tetapi sedang berusaha dan bercita-cita ke arah itu.Amin

pasbs2

pasbs2

pasbs baner

pasbs baner

Saturday, November 29, 2008

YONG TECK LEE & ZAID IBRAHIM DI KONGRESS

Bekas Menteri Undang-undang dan senator dewan negara Zaid Ibrahim dan presiden Sabah Progressive Party (SAPP) Yong Teck Lee adalah antara 4,000 orang tetamu, perwakilan dan pemerhati yang hadir di Stadium Malawati Shah Alam, Selangor tempat berlangsungnya kongres keadilan.
Kehadiran mereka di kongres ini memperkuatkan cakap-cakap yang mengatakan memang mereka mempunyai niat untuk bersama-sama Anwar Ibrahim dan partinya PKR (Parti Keadilan Rakyat).

Selain daripada itu, beberapa pimpinan Pakatan (Pakatan Rakyat) turut hadir. Mereka termasuklah pemimpin DAP Dr Chen Man Hin, Karpal Singh, Lim Kit Siang, Teresa Kok dan Ronnie Liu. Turut hadir MB Perak Mohammad Nizar Jamaluddin, naib presiden PAS Husam Musa dan MP Shah Alam Khalid Samad.

No comments: