Kenapa dinamakan Blogspot Ulama Pewaris Nabi ? Blog ini telah diaktifkan sejak tahun 2008 dengan berlatarbelakang memberi info tentang Islam dan politik. Blog ini sentiasa berterusan memperjuangkan memberi, menwar, memapar maklumat/info/penerangan ISLAM & politik namun Ulama Pewaris Nabi adalah menjadi idola dan perlu dijadikan ikutan dan juga sebagai sempadan kebaikan yang akan menahan atau membatas kejahatan agar tidak berterusan dan disedarkan sehingga akhirnya kebaikan akan menguasai keadaan.Nama blog ini tidak mencerminkan blogernya seorang Ulama tetapi sedang berusaha dan bercita-cita ke arah itu.Amin

pasbs2

pasbs2

pasbs baner

pasbs baner

Sunday, November 9, 2008

TANAH PENAMPAN SEKOLAH DAN KEHIJAUAN

Kerajaan PR Selangor mewarisi hasil kerakusan kerajaan sebelumnya
Bandar Baru Bangi: Melihat kepada persekitaran Bandar Baru Bangi yang dipenuhi rumah kediaman dan rumah kedai kita akan terbayang betapa gelojohnya kerajaan dahulu melalui PKNS membina seberapa banyak rumah kediaman dan rumah kedai supaya dapat dijual sebagai sumber pendapatan kerajaan Selangor. Boleh dikatakan habis licin tanah-tanah kosong di Bandar Baru Bangi ini hinggakan tanah kosong seksyen 4 tambahan yang begitu sesuai sebagai padang rekreasi penduduk kelihatan sedang dibina rumah kedai. Saya bimbang tanah kosong di seksyen 4 yang menjadi padang permainan anak-anak satu-satunya juga bakal menjadi rumah kedai. Dalam hal ini YB Dr Shafie sebagai ADUN Bangi diharapkan akan membantu penduduk supaya padang ini terus kekal sebagai padang permainan kerana untuk ke Tasik Cempaka ber-rekreasi jaraknya agak jauh dan membebankan. Mungkin jika dimakmurkan padang ini dengan membina tempat permainan kanak-kanak dan lain-lain kemudahan memang dialu-alukan.
Satu lagi yang menjadi perbualan penduduk selain tanah perkuburan ialah sekolah yang terlampau padat. Sekolah-sekolah di Bandar Baru Bangi ini bukan sahaja menampung persekolahan penduduknya tetapi terpaksa menjadi penampung anak-anak dari penduduk persekitarannya. Mungkin ianya berpunca dari kekurangan sekolah dikawasan tersebut ataupun sekolah-sekolah di Bandar Baru Bangi ini menjadi sekolah pilihan atas sebab-sebab tertentu. Setiap kali perjumpaan PIBG di adakan, usul kepadatan murid menjadi tajuk utama yang berulang-ulang. Sepatutnya dengan kepadatan penduduk yang melebihi jangkaan ini disediakan sekolah disetiap seksyen dalam Bandar Baru Bangi. Tapi macam-mana?, kerakusan PKNS membina seberapa banyak rumah kedai dan rumah kediaman untuk dijual menyebabkan sudah habis tanah untuk dibina sekolah....apa lagi tanah kubur yang tiada nilai komersial, terpaksalah menumpang di tanah perkuburan Kg Sungai Tangkas. NASIB ENGKAU LA LABU..

No comments: