Kenapa dinamakan Blogspot Ulama Pewaris Nabi ? Blog ini telah diaktifkan sejak tahun 2008 dengan berlatarbelakang memberi info tentang Islam dan politik. Blog ini sentiasa berterusan memperjuangkan memberi, menwar, memapar maklumat/info/penerangan ISLAM & politik namun Ulama Pewaris Nabi adalah menjadi idola dan perlu dijadikan ikutan dan juga sebagai sempadan kebaikan yang akan menahan atau membatas kejahatan agar tidak berterusan dan disedarkan sehingga akhirnya kebaikan akan menguasai keadaan.Nama blog ini tidak mencerminkan blogernya seorang Ulama tetapi sedang berusaha dan bercita-cita ke arah itu.Amin

pasbs2

pasbs2

pasbs baner

pasbs baner

Monday, November 24, 2008

Sistes In Islam Tolak Fatwa !!!


Kenapa Tiada Tindakan?

Sealiran: Astora Jabat (Penolong pengarang Al-Islam dan Kolumnis Utusan Malaysia), V. Gayathry (Centre for Independent Journalism) dan Norhayati Kaprawi (Sisters In Islam) dalam satu sidang media membantah pengharaman buku oleh KDN bulan Mei 2008 lalu.Satu persoalan yang harus ditanya kepada kerajaan Malaysia Islam Hadhari ini ialah kenapa Sisters In Islam yang telah banyak memesongkan akidah umat Islam dan sering mempertikaikan keputusan Majlis Fatwa tidak diambil tindakan?. Mempertikaikan keputusan ulamak yang dilantik oleh kerajaan bermakna menghina Islam. Justeru itu kenapa hanya Raja Petra dan Teresa Kok sahaja yang dikenakan tindakan, walhal belum terbukti mereka melakukan perkara tersebut. Bahkan Raja Petra hanya ditahan ISA atas satu komen dalam blognya yang dikatakan menghina Islam dan Nabi Muhammad. Padahal komen itu boleh dihantar oleh sesiapa sahaja untuk tujuan tertentu. Namun beliau disumbat ke dalam ISA, mujurlah kini dibebaskan semual oleh mahkamah setelah terbukti ia satu penganiayaan. Bagaimana dengan Sisters In Islam ini? Nama "sisters" pun sudah menyerupai agama "Kristian". Banyak pertikaian tentang fatwa yang dikeluarkan, namun mereka tidak pernah diambil tindakan oleh kerajaan. Mana JAKIM, JAWI serta agensi Islam yang lain? Kenapa senyap dan membisukan diri. Tangkap pemimpin Sisters In Islam dan humbankan mereka ke ISA atau dakwa di mahkamah atas kesalahan menghina Islam (menolak fatwa).

Bahkan lebih teruk lagi, mereka membuat kenyataan terbuka dalam satu sidang media. Apakah ini bermakna ada pihak-pihak kerajaan yang bernaung di sebalik Sisters In Islam, dalam usaha memesongkan akidah mereka supaya terus menyokong Barisan Nasional dalam setiap kali pilihanraya. Mereka tahu umat Islam yang kuat iman dan akidahnya, tidak akan termakan dengan pujuk rayu "duniawi" dan mereka akan istiqamah atau konsisten menyokong perjuangan Islam yang sebenar, bukannya Islam Ciptaan "Hadhari". Undang-undang "double standard" dalam perlaksanaan peraturan Islam di negara ini, jelas sekali mengelirukan rakyat. Mereka melihat bahawa individu dan tertentu boleh dibenarkan menghina Islam dan tidak dikenakan tindakan sekiranya apsirasi mereka sehaluan dengan UMNO dan Barisan Nasional. Justeru itulah orang-orang seperti Astora Jabat dan Sisters In Islam ini tidak diambil tindakan oleh pihak berkuasa. Mereka satu haluan dan satu perjuangan, iaitu memesongkan akidah umat Islam di Malaysia hari ini.

Pengikut Al-Arqam Dipantau Untuk Tindakan
[Arkib] Bekas pengikut al-Arqam kini dipercayai menggunakan sebuah syarikat lain bagi menghidupkan semula ajaran Aurad Muhammadiah selepas Rufaqa Corporation Sdn Bhd diharamkan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS), dua tahun lalu. Syarikat itu yang turut beroperasi di Rawang, dikatakan menyelitkan ajaran berkenaan secara halus dalam video serta buku yang diterbitkan bagi mengelak dikesan pihak berkuasa. Malah, laman web syarikat berkenaan memuatkan imej bekas pemimpin al-Arqam, Ashaari Muhammad bagi mempromosikan perniagaan yang dijalankan. Syarikat itu juga dikatakan mempunyai rangkaian perniagaan di Singapura, Thailand dan Indonesia. Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, yang ditemui mengesahkan pihaknya menerima laporan mengenai syarikat itu yang didakwa mempunyai kaitan dengan bekas pengikut al-Arqam. “Kita sedang siasat perkara ini dan tindakan akan diambil jika terdapat bukti kukuh syarikat itu cuba menghidupkan semula ajaran berkenaan,” katanya. Selepas kerajaan mengharamkan Al-Arqam pada 1994, beberapa bekas pemimpin dan pengikutnya dikesan menyebarkan semula ajaran kumpulan itu melalui Rufaqa Corporation yang beroperasi di Rawang.

[Persoalan yang timbul sekarang, kenapa Sisters In Islam yang terang-terang mempertikai keputusan fatwa tiada tindakan undang-undang pun keatas mereka, tetapi pertubuhan yang dikaitkan dengan RufaqaAl-Arqam terus dipantau. Baru-baru ini kerajaan ada menyatakan Rufaqa yang menjalankan perniagaan dan dikatakan cuba hidupkan ajaran As-Syaari Muhamad diugut akan dikenakan tindakan undang-undang kerana melanggar fatwa. Tetapi Sisters In Islam melanggar keputusan Majlis Fatwa tidak dikenakan apa-apa tindakan. Apakah ini namanya amalan Islam Hadhari?].

No comments: