Kenapa dinamakan Blogspot Ulama Pewaris Nabi ? Blog ini telah diaktifkan sejak tahun 2008 dengan berlatarbelakang memberi info tentang Islam dan politik. Blog ini sentiasa berterusan memperjuangkan memberi, menwar, memapar maklumat/info/penerangan ISLAM & politik namun Ulama Pewaris Nabi adalah menjadi idola dan perlu dijadikan ikutan dan juga sebagai sempadan kebaikan yang akan menahan atau membatas kejahatan agar tidak berterusan dan disedarkan sehingga akhirnya kebaikan akan menguasai keadaan.Nama blog ini tidak mencerminkan blogernya seorang Ulama tetapi sedang berusaha dan bercita-cita ke arah itu.Amin

pasbs2

pasbs2

pasbs baner

pasbs baner

Saturday, November 15, 2008

SEWA PPR & COUNCIL HOME NAIK

NASIHAT KAMI:
1. BACA NO. 2 dan seterusnya.
2. Oleh kerana kos penyenggaraan dah meningkat pd JUN 2007 Kerajaan BN
telah menaikkan sewa dari RM124 ke RM 250 berperingkat , tak sempat
berperingkat BN kalah dalam PRU12.
3. Mereka yng masih belum mampu walaupu pendapatan lebih RM1,500 kena mohon dan
perbaharui permohonan dan untuk kemaskini data.(Bukan nak menghina = mungkin
dari 100 orang 2 org dah gaji RM2,000 atau dah berubah statusnya.)
4. Kalau Kerajaan Zalim, beritahu blog ni atau beri detail bagaimana zalimnya jgn
pukul rata.

Wednesday, November 12, 2008
BANTUAN MEMBAYAR SEWA RUMAH PPR DAN COUNCIL HOME
Kerajaan Negeri Selangor bersetuju untuk membantu mereka yang tidak mampu membayar sewa rumah PPR dan Council Home mereka.

Kerajaan BN pada bulan Jun 2007 telah menaikkan sewa dari RM124 kepada RM250 oleh kerana kenaikkan kos penyenggaraan. Walau bagaimanapun, ianya telah dilaksanakan secara berperingkat-peringkat. Terdapat 14 lokasi PPR dan Council Home di Selangor dengan 8.106 unit.

Terdapat penduduk yang telah membantah kenaikan ini kerana mereka berpendapatan rendah dan menghadapi masalah untuk membayarnya.

Oleh itu, kerajaan mengambil keputusan untuk membantu mereka yang berpendapatan isi rumah (suami dan isteri) RM1,500 ke bawah dan juga orang-orang kurang upaya (OKU).

Mereka yang ingin memohon bantuan ini bolehlah menghubungi Lembaga Perumahan & Hartanah Selangor di nombor telefon 03-5544 7166.

Kadar sewa akan kekal pada RM250 sebulan kerana kos penyenggaraan dan baik pulih yang tinggi. Kadar sewa RM250 adalah masih di antara yang terendah di Lembah Kelang. Adalah tidak adil untuk menggunakan duit rakyat untuk memberi subsidi kepada mereka yang mampu. Dijangkakan kerajaan negeri akan membelanjakan hampir RM3 juta setahun untuk membantu mereka yang tidak mampu.

Adalah diharapkan para penyewa akan membayar sewa mereka menurut jadual bagi membantu pihak pengurusan menyenggarakan kawasan perumahan mereka dengan sempurna.

Tindakan tegas akan diambil ke atas mereka yang gagal membayar sewa atau menyewa rumah mereka kepada pihak ketiga, seperti warga asing. Baru-baru ini Kerajaan Negeri Kedah telah membawa ke mahkamah penyewa-penyewa di negeri itu yang gagal membayar sewa bulanan mereka.

Sehubungan itu, satu perbadanan khas akan dibentuk oleh kerajaan negeri untuk menguruskan penyenggaraan kesemua PPR dan Council Home. Perbadanan ini diharap akan menjadikan kesemua perumahan-perumaahan PPR dan Council Home lebih selesa untuk didiami. Selama ini, penduduk sering mengadu tentang syarikat-syarikat penyenggaraan swasta yang gagal menjalankan tugas mereka.

Untuk jangkapanjang, perbadanan ini boleh mengambil alih penyenggaraan perumahan bertingkat di seluruh negeri Selangor demi keselesaan rakyat.

13 November 2008

No comments: