Kenapa dinamakan Blogspot Ulama Pewaris Nabi ? Blog ini telah diaktifkan sejak tahun 2008 dengan berlatarbelakang memberi info tentang Islam dan politik. Blog ini sentiasa berterusan memperjuangkan memberi, menwar, memapar maklumat/info/penerangan ISLAM & politik namun Ulama Pewaris Nabi adalah menjadi idola dan perlu dijadikan ikutan dan juga sebagai sempadan kebaikan yang akan menahan atau membatas kejahatan agar tidak berterusan dan disedarkan sehingga akhirnya kebaikan akan menguasai keadaan.Nama blog ini tidak mencerminkan blogernya seorang Ulama tetapi sedang berusaha dan bercita-cita ke arah itu.Amin

pasbs2

pasbs2

pasbs baner

pasbs baner

Sunday, November 16, 2008

PERLUNYA MASJID DI BUKIT SENTOSA 2 SEBAGAI PEMANGKIN PEMBANGUNAN DAN PERTUMBUHAN EKONOMI

Blogger telah mendapat banyak maklumbalas dan cadangan perlunya projek masjid di tapaknya di mana surau Saidina Ali di Anggerik 5 didirikan. Mengikut perancangan asal selepas SKBS (Sekolan Kebangsaan Bukit Sentosa) ke simpang ke Widuri BB7 dan ke Bakawali BS3 mengikut turutan selepas SKBS ada tapak Dewan Serbaguna dan diikuti tapak masjid.
Antara faktor perlu disegerakan Masjid di situ adalah seperti berikut:-
1. Masjid Bukit Sentosa Bukit Beruntung telah padat bila solat Jumaat.
2. Dari segi kefarduan Solat Jumaat , ramai anak-anak yang akil baligh tidak dapat solat dan mendengar kutbah kerana jarak dari Bukit Sentosa 2 tidak kurang 2 km tambahan bas awam tiada diperuntukkkan di kawasan tersebut. Mereka hanya dapat bersolat semasa ibu bapa ada bergantung jika mereka ada kenderaan samada morosikal atau kereta.
3. Banyak Taman terlibat termasuk Taman yang paling jauh iaitu Taman Widuri BB dan Taman Kesumba BB. Taman dalam Bukit Sentosa 3 ialay Telipot, Kemboja dan Bakawali.Selain dari itu Bukit Sentosa 2 ialah Seroja dan paling ramai ialah Anggerik.
4. Keperluan ramai murid dan guru di Sekolah Menengah yang sedang dibina berhadapan Sekolah Kebangsaan Sentosa.
5. Masjid akan menjadi pusat ekonomi dengan tumbuhnya kedai-kedai di sekelilingnya.
6. Masjid juga akan menjadi pusat pendidikan Islam yang unggul di Bukit Sentosa 2.

No comments: