Kenapa dinamakan Blogspot Ulama Pewaris Nabi ? Blog ini telah diaktifkan sejak tahun 2008 dengan berlatarbelakang memberi info tentang Islam dan politik. Blog ini sentiasa berterusan memperjuangkan memberi, menwar, memapar maklumat/info/penerangan ISLAM & politik namun Ulama Pewaris Nabi adalah menjadi idola dan perlu dijadikan ikutan dan juga sebagai sempadan kebaikan yang akan menahan atau membatas kejahatan agar tidak berterusan dan disedarkan sehingga akhirnya kebaikan akan menguasai keadaan.Nama blog ini tidak mencerminkan blogernya seorang Ulama tetapi sedang berusaha dan bercita-cita ke arah itu.Amin

pasbs2

pasbs2

pasbs baner

pasbs baner

Wednesday, November 12, 2008

Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya yang baru.

11 November 2008
Abdul Aziz Pengerusi SPR baru, ganti Abdul Rashid

PUTRAJAYA 11 Nov. – Tan Sri Abdul Aziz Mohd. Yusof dilantik sebagai Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) yang baru menggantikan Tan Sri Ab. Rashid Ab. Rahman berkuat kuasa 31 Disember ini.

Abdul Aziz, 58, merupakan bekas Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri yang bersara wajib pada 24 Januari 2006 sebelum dilantik semula ke jawatan sama secara kontrak.

Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd. Sidek Hassan dalam kenyataannya di sini hari ini berkata, pelantikan Abdul Aziz dibuat kerana Ab. Rashid telah tamat tempoh perkhidmatannya apabila mencapai umur 66 tahun pada 30 Disember ini.
Komen : Mudahan Allah bukakan pintu hati yang dilantik dengan berjiwa Islam dan takut pada Allah.

No comments: